Zulrizq Hartanah

Home > Tip Memberi Rujukan Untuk Penyewa Baru > Zulrizq Hartanah

Tip Memberi Rujukan Untuk Penyewa Baru

Tip Memberi Rujukan Untuk Penyewa Baru

Jika penyewa lama anda hendak berpindah keluar, mintalah mereka mengesyorkan penyewa baru. Mereka mungkin tahu tentang jiran-jiran, sahabat atau teman sepejabat yang yang ingin menyewa di kawasan tersebut. Ini akan menjadi lebih mudah jika premis anda diubahsuai atau dilengkapi dengan baik. Sebagai ganjaran, anda boleh membenarkan mereka tinggal di situ untuk tambahan dua minggu atau memberi sumbangan menampung kos berpindah. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk mencari penyewa baru, tetapi juga dapat menjimatkan yuran ejen hartanah. Jika anda merupakan tuan tanah yang baik, penyewa lama akan merasa terhutang budi dan menolong untuk mengesyorkan hanya penyewa yang terbaik untuk anda.

Peringatan: Jika anda merupakan seorang tuan tanah yang tidak disenangi, sila jangan gunakan cara ini kerana penyewa lama anda sedang menunggu masa dan ketika untuk membalas dendam dengan mencadangkan seseorang daripada meraka!

Tip: Jika anda adalah penyewa, belajarlah untuk menjadi pembayar sewa yang baik kerana tuan tanah selalunya berharap untuk mengekalkan anda selama nama yang mungkin. Berikan tuan tanah anda cek tertunda untuk 6 bulan yang akan datang. Apabila masanya tiba, ia akan memudahkan anda untuk merundingkan semula kadar sewa yang lebih rendah!

Contohnya, seorang saudara saya telah menjadi penyewa untuk 10 tahun yang lalu. Dia selalu sewa tepat pada waktu dengan memberikan tuanya cek tertunda untuk 12 bulan yang berikutnya serta tidak pernah menyusahkan tuan tanahnya. Apabila terjadi krisis ekonomi pada 1997-98, dia berunding dengan tuan tanahnya untuk menurunkan kadar sewa dari RM3,500 sebulan kepada RM2,000 sebulan. Sehingga sekarang dia masih tinggal dirumah yang sama dan membayar sewa yang lebih rendah berbanding jiran-jirannya yang membayar RM2,800 sebulan untuk pangsapuri yang sama saiznya. Tuan tanah bertuah yang mana ingin kehilangan penyewa sebaik itu walaupun sewa lebih rendah dari kadar pasaran?

Oleh: Milan Doshi

Pengasas Program Kewangan.

 

post 1pos 2pos3