Zulrizq Hartanah

Home > Profil Seorang Pelabur Hartanah Yang Cemerlang > Zulrizq Hartanah

Profil Seorang Pelabur Hartanah Yang Cemerlang

Minda Jutawan

          Sebelum anda boleh mengumpul kekayaan melalui hartanah, perniagaan atau lain-lain jenis pelaburan, anda perlu membentuk minda jutawan. Untuk mendapatkan kekayaan seumur hidup, anda harus terlebih dahulu mencipta kekayaan di minda anda. Sebenarnya, minda anda adalah aset paling utama!

          Menghasilkan suatu psikologi kejayaan adalah sama seperti membentuk mana-mana otot di badan anda. Ia hanya boleh dilakukan sekiranya anda memiliki semangat kental untuk berjaya dan juga menjalani latihan dan disiplin yang berterusan. Anda tidak boleh berlari maroton tanpa berlatih dan menguatkan otot-otot di tubuh anda terlebih dahulu. Begitu juga, anda tidak akan dapat berlari “maraton” dengan berjaya sebelum memperkukuhkan minda kekayaan anda. Cara untuk mengembangkan minda jutawan ialah dengan melabur secara berterusan keatas diri anda sendiri melalui pembacaan buku-buku peningkatan diri, menyertai seminar, mendengar buku-buku audio, mencari mentor dan mewujudkan dan rangkaian bersama individu-individu uang berfikiran serupa.

          Justeru itu, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada anda kerana membaca artikal ini. Anda telah meletakkan diri anda jauh dihadapan berbanding ribuan pelabur hartanah lain yang mengabaikan kepentingan untuk melabur keatas diri mereka sendiri terlebih dahulu, sebelum memulakan pelaburan yang sebenar. Akibatnya, mereka menangung risiko yang lebih tinggi tanpa mereka sedari, disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan dalam bidang PH.

          Melabur dalam hartanah adalah seumpama suatu permainanAgar bijak bermain, anda harus sukakan cabaran dan belajar segala peraturan permainan. Anda amat digalakkan agar bekajar daripada mereka yang telah berjaya dalam permainan tersebut (pelabur yang berjaya) dan bukan daripada penyimpanan kira-kira (akauntan), penggubal peraturan (peguam), pemerhati (rakan dan saudara mara) atau pembiaya (bank).

“Wang bukanlah motivasi paling utama untuk saya, Ia sekadar untuk mencatat bilangan mata. Keseronokan yang sebenar ialah beraksi dalam permainan itu.”

                                                                                                                                                                                                                                                                                            ~Donald Trump, “Trump:Art of the Deal”

Untuk menjadi seorang Pelabur Hartanah yang Bijaksana, anda mesti:

a) Mempunyai Sikap Yang Positif dan harus memupuk Tabiat Suka Menang. Anda tidak akan kemana-mana di dalam hidup ini jika mempunyai sikap yang salah. Anda harus memiliki minda yang      sesuai lagi tepat untuk berjaya dalam pelaburan hartanah. Untuk mencari kekayaan, anda perlu fikirkan Idea-idea Bernas yang boleh dijadikan Aktiviti Menjana Kekayaan!

b) Membentuk Bakat Keupayaan Untuk Melihat Gambaran Penuh Akan Perkara- Perkara Jauh Di Masa hadapan. Anda perlu berupaya melihat di dalam minda anda sesuatu yang belum dilihat oleh mata anda. Sebagai contoh sebelum anda melabur di sesuatu tempat, anda seharusnya mampu  membayangkan secara tepat bagaimana keadaan serta nilai hartanah dalam tempoh 5 sehingga 10 tahun akan datang.

c) Gunakan Kedua-dua Bahagian Otak Anda. Gunakan otak kanan untuk berurusniaga secara kreatif dan otak kiri pula untuk menganalisis semua nombor dan pekataan.

d) Mempunyai daya Ketahanan Mengambil Risiko di samping bersedia untuk menghadapi kegagalan, rintangan dan halangan sekali-sekala. Orang yang berjaya adalah mereka yang telah banyak kali mengalami kegagalan dan telah melakukan banyak kesilapan dalam hidup. Mereka juga mempunyai semangat untuk bangkit semula dan belajar dari kesilapan mereka. Sebaliknya orang yang gagal adalah mereka yang kurang sekali atau tidak pernah mengalami kegagalan. Ini mungkin disebabkan disebabkankan mereka terlalu takut untuk menbuat kesilapan atau kurang kecekalan.

” Orang yang berjaya melakukan sesuatu perkara akan melakukan banyak kesilapan, tetapi dia tidak akan membuat kesilapan yang terbesar-iaitu tidak berbuat  apa-apa.”

                                                                                                                                                                                                                                                                                                             ~ Benjamin Franklin, (1706-1790)
                                                                                                                                                                                                                                                                              Pengarang,Diplomat, Pencipta dan Ahli Fizik Amerika
 

e) Sentiasa Membuat Tinjauan apabila mencari peluang-peluang urusniaga yang baik. Jika anda tidak membuat tinjauan, anda akan gagal mengenal peluang baik yang bakal muncul. Peluang yang datang tidak akan muncul dengan sebegitu mudah di pintu hadapan anda, sebaliknya akan muncul melalui jalan belakang atau dalam bentuk permasalahan.

 

Oleh: Milan Doshi

Pengasas Program Kewangan.

pos mind 3pos mind2