Jika anda telah menyimpan hasrat untuk membeli rumah anda sendiri dan ini adalah rumah pertama yang anda miliki, ada beberapa perkara yang mesti ada dalam perhatian anda demi memastikan anda dapat melalui prosedur pembelian rumah ini dengan baik.
Sebelum anda memulakan langkah anda untuk membeli rumah, tetapkan di dalam minda anda yang anda ingin tinggal di rumah tersebut untuk 3-5 tahun akan datang dan anda akan hidup bersama kominiti dan persekitaran rumah tersebut.
Baiklah, mari kita lihat beberapa tips asas dalam membeli rumah pertama anda.
1. Semak status kewangan
Kebanyakan dari kita akan membeli rumah melalui kaedah pinjaman kewangan justeru langkah pertama anda ialah dengan menyemak status kewangan anda. Semak kembali aset dan liabiliti anda dan pastikan anda tidak memiliki masalah untuk memohon pinjaman kewangan dari pihak bank.
Kalau anda beli rumah dengan bayaran tunai, memang tiada masalah .
2. Tentukan anggaran bajet anda
Setelah yakin anda mampu untuk membeli rumah dengan status kewangan anda, tentukan anggaran bajet anda untuk rumah yang anda akan beli. Masukkan sekali kadar faedah pinjaman dan juga kos-kos tambahan seperti renovasi, cukai dan juga yuran komuniti penduduk ke dalam bajet anda.
Anda boleh menggunakan kalkulator pinjaman yang kami sediakan untuk memudahkan anda menentukan anggaran bajet anda.
Apabila anda sudah dapat menentukan anggaran bajet anda tersebut, fokus perbelanjaan anda pada pembelian rumah untuk memastikan anda dapat membuat pembayaran pinjaman dengan baik.
3. Bertemu dengan pemberi pinjaman
Langkah seterusnya ialah dengan bertemu dengan pemberi pinjaman iaitu pihak bank. Terpulang kepada anda untuk memilih bank dari pihak mana anda ingin membuat pinjaman. Salah satu tips ialah dengan memilih pihak bank yang tidak terlalu memilih dan mempunyai syarat yang longgar.
4. Bertemu dengan perunding hartanah
Sekiranya anda sudah cukup yakin anda boleh menguruskan urusan jual beli rumah dengan sendiri, anda boleh skip langkah ini namun memandang prosedur jual beli rumah bukanlah satu prosedur yang mudah dan anda perlu berurusan dengan pihak kewangan dan juga peguam ditambah pula dengan kesibukan dalam hari-hari anda, bertemu dengan perunding hartanah akan membantu anda untuk mendapatkan rumah yang anda idamkan.
Ini adalah kerana pemilik rumah yang ingin menjual rumah mereka pada hari ini gemar memilih perunding hartanah untuk memudahkan urusan jual beli rumah mereka dan perundinh hartanah boleh mencadangkan rumah-rumah yang terbaik untuk anda.
5. Melihat kawasan persekitaran rumah
Setelah mendapat cawangan rumah yang ingin anda miliki ataupun rumah yang telah anda pilih tersebut, cuba lihat dahulu kawasan persekitaran rumah tersebut. Adakah jalan utama yang menghubungkan anda dengan pusat bandar ke kawasan perumah selalunya sesak teruk, adakah kawasan tersebut berdekatan dengan kawasan yang tidak anda suka dan sebagainya. Hal ini penting kerana anda sudah tentu akan tinggal di rumah ini untuk satu jangka masa yang lama.
6. Membuat pemeriksaan rumah
Jangan sekali-kali membuat pembelian rumah sebelum anda memeriksa keadaan rumah tersebut sehingga anda puas hati. Setelah bersetuju dengan perunding hartanah untuk membawa anda melihat keadaan rumah tersebut (home viewing), pastikan anda memeriksa keadaan rumah tersebut sepenuhnya. Ruang tamu, bilik tidur, sebarang kebocorandan sebagainya. Ini adalah kerana selepas anda membayar wang pendahuluan dan booking, sudah terlambat untuk anda menyesal sekiranya anda mendapati ada kecactan atau kerosakan pada rumah tersebut.
7. Memuktamadkan pembelian anda
Setelah anda berpuas hati dengan rumah yang ingin anda miliki tersebut, serahkan urusan kepada perunding hartanah untuk menjalankan prosedur jual beli rumah untuk anda. Selalunya anda akan diminta mengisi borang tertentu dan membayar wang booking sebanyak 3%. Pastikan anda membaca borang yang akan anda isi dengan teliti. Kemudian follow up perkembangan prosedur jual beli rumah anda dengan perunding hartanah sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Langkah terakhir di dalam pembelian rumah anda ini sudah pastilah dengan anda akan mendapat kuncu rumah dan anda akan memulakan hidup baru di rumah idaman anda itu.
Selamat berjaya !