Rumah adalah aset yang setiap orang perlu memilikinya. Rumah bukan sahaja dibeli untuk dijadikan tempat tinggal kita. Malah rumah juga boleh menjadi satu pelaburan yang menguntungkan jika kita pandai menguruskannya. Ia akan menjadi aset jangka masa yang panjang.
Tetapi, sebelum membeli rumah untuk dijadikan satu pelaburan, anda perlu tahu cara-caranya. Hal ini kerana, bukan semua rumah boleh menjadi satu pelaburan yang menguntungkan diri kita. Terdapat beberapa tips yang dikongsikan oleh pakar. Apakah tips-tips tersebut ?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips-tips memilih rumah pelaburan yang bagus dan memberi untung. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
Tips memilih rumah pelaburan yang bagus
Terdapat 5 tips memilih rumah pelaburan yang bagus. Antaranya :
1. Beli di persekitaran yang baik sesuai dengan kemampuan
Pilih kawasan yang selamat, tetangga baik, berdekatan sekolah, hospital, pengangkutan awam dan tempat kerja. Kawasan yang menyediakan banyak kerja-kerja kosong.
2. Pilih rumah yang boleh memikat penyewa jangka lama panjang
Ada ruang yang cukup, tidak kecil sperti studio. Penyewa suka kediaman yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dan rumah yang mudah dijaga. Jangan beli rumah mewah seperti semi D, Bungalow, penthouse atau yang lain-lain.
3. Tanah yang mahal bukan rumahnya
Nilai bangunan naik sebab tanah dan lokasinya. Bagunan semakin buruk dan kurang dinilai. Pastikan lokasi betul, banyak tarikan dan kawasan padat. Hindari kedudukan tanah di sudut terpencil dan tidak semetri.
4. Beli di kawasan yang akan naik
Kawasan separa matang juga baik untuk pelaburan. Ada kawasan matang yang jatuh nilainya apabila ada kediaman baru naik. Penyewa mula memilih kediaman yang terbaik dan berpindah.
5. Pilih penyewa yang layak sahaja
Jenis kediaman yang baik akan membantu kita memilih penyewa yang baik. Pilih penyewa yang memiliki latar belakang ekonomi yang baik demi kelangsungan sewa bulanan.
*Berikut adalah tips-tips bagi individu yang ingin memulakan pelaburan rumah untuk kali pertama. Ingat sebelum membuat pelaburan, pastikan anda ikuti tips di atas untuk menjayakan pelaburan anda. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Artikel oleh:
Penulis: aqirah
via https://ilabur.com/tips-memilih-rumah-pelaburan/
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Anda ada permasalahan tentang isu hartanah? Jangan segan untuk hubungi perunding hartanah berdaftar kami !!
Zulmahizam Marzuki (REN12255) 012-322 5960
Salawati Jalldin (PEA1380) 012-320 5960