Zulrizq Hartanah

Home > KENAPA BANK MENOLAK PINJAMAN ANDA ?? > Zulrizq Hartanah

KENAPA BANK MENOLAK PINJAMAN ANDA ??

Membuat pinjaman bank pada individu tertentu adalah sesuatu yang memudahkan, tetapi pada sesetengah orang membuat pinjaman dengan bank adalah satu perkara seumur hidup yang menyakitkan hati. Sudah lah banyak dokumen yang perlu disediakan, alih-alih pinjaman pula tidak dapat diluluskan… Kenapa?

Pertama sekali, saya ingin bertanyakan kepada anda… anda tahu tak sebenarnya institusi perbankkan bukanlah dari industri hartanah? mereka adalah “alien” disini tetapi didalam masa yang sama kita sangat-sangat memerlukan mereka, kenapa?

Boleh saya katakan… institusi perbankkan hanya ingin membuat keuntungan dengan anda!

Sudah memang lumrah hidup, kita kena membuat simpanan lebih.. Lagi-lagi kalau dah bercadang lagi 5 ke 10 tahun nak beli rumah idaman / sendiri. Daripada bayar sewa rumah, lagi elok bayar installment untuk rumah sendiri. Dengan adanya bank sebagai wahyu anda… mungkin sudah tiba masanya anda merealisasikan impian memiliki hartanah idaman.

Berbalik pada tajuk artikel ini, kenapa bank menolak pinjaman anda? secara asasnya saya pun tak tahu. Tetapi alasan yang kerap saya terima dari bank, pemohon ini tidak berkelayakkan, liabiliti pemohon tinggi, ccris, ctos, business tak bagus, penyata bank tak selari, penyata epf, pemohon tak bayar cukai… dan macam – macam hal lagi.

Jika pinjaman anda tidak lulus dengan sebuah bank, mungkin cawangan dan bank lain dapat membiayai pemilikan rumah anda. Saya mempunyai beberapa pelanggan yang memohon pinjaman pada cawangan yang berdekatan dengan pejabatnya… Selepas seminggu, seorang “officer bank” menelefon si pemohon dan mengatakan pinjaman tidak diluluskan kerana faktor liabiliti atau komitmen yang terlalu tinggi. Tetapi apabila dia pergi momohon ke cawangan bank berhampiran dengan rumahnya, permohonan itu telah diluluskan tidak sampai seminggu pun. Pada hal masih bank yang sama…. cuba fikirkan….

Jika pihak bank memberi alasan “anda punyai komitmen yang tinggi”, anda sebenarnya masih berpeluang, kerana saya dapati ada sesetengah cawangan mempunyai kuota tertentu. Pengurus-pengurus pinjaman disana mempunyai had maksima untuk meluluskan pinjaman sebelum mereka menghantar permohonan itu ke ibu pejabat untuk mendapatkan kebenaran. Walau pun begitu jangan anda berdegil, jika 2-3 bank telah “reject” permohonan anda, ini bermakna memang komitmen anda tinggi. Cuma jika anda gagal kali pertama, tidak bermakna anda tidak dapat membiayai rumah anda, cuba cari bank lain atau bank cawangan lain.

Dari maklumat yang saya terima, ada juga sesetengah bank hanya meluluskan peruntukkan tertentu pada sesuatu projek. Sebagai contoh untuk projek A bank ini memperuntukkan RM20 juta dan jika kelulusan telah lebih dari kuota bank…. mereka akan mula “reject” semua kes-kes yang datang dari projek ini.

Tidak perlu risau… sebaliknya tanya kembali pada pegawai bank – Kenapa permohonan anda ditolak? ada cara lain untuk saya mendapatkan pembiayaan rumah saya? Mungkin pegawai itu dapat memberikan beberapa cadangan kepada anda.

Apa-apa pun jangan berputus asa, cuba tanya pada penjual hartanah anda, mungkin beliau dapat membantu di dalam pencarian anda ini. Kebiasaan mereka yang terlibat didalam hartanah akan memberikan anda nombor telefon pegawai bank yang boleh dipercayai dan pantas didalam kerja.

Dipetik dari:
Encik Hartanah
http://www.encikhartanah.com/2012/08/kenapa-bank-menolak-pinjaman-anda.html
========================================
Anda mempunyai masalah atau kekeliruan tentang isu hartanah? Jangan risau, hubungi perunding hartanah berdaftar kami di:
Zulmahizam Marzuki (REN 11255) 012-322 5960
Salawati Jalldin (PEA 1380) 012-320 5960