Zulrizq Hartanah

Home > FREEHOLDATAU LEASEHOLD > Zulrizq Hartanah

FREEHOLDATAU LEASEHOLD

Mungkin ramai yang masih keliru dengan dua jenis pegangan ini. Namun kedua-dua jenis pegangan ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Antaranya adalah seperti;

1.   Tanah jenis freehold kebiasaanya berada sedikit KEBELAKANG dari bandar, tetapi nilai hartanya lebih kurang sama dengan tanah-tanah di pusat bandar. Manakala tanah jenis leasehold berada di PUSAT BANDAR dan menjadi tumpuan dengan adanya pelbagai fasiliti seperti pejabat kerajaan dan pusat membeli-belah.

2.   Asalnya tanah freehold adalah daripada satu kawasan tanah yang telah diserah milik oleh pihak berkuasa kepada individu, yang tertera di dalam geran, yang TIDAK mempunyai HAD MASA, berbeza dengan tanah leasehold. Ianya adalah jenis pegangan tanah yang diserahkan oleh pihak berkuasa kepada individu pada tempoh MASA TERTENTU, TIDAK melebihi 99tahun.

Home

 

3.  Tanah jenis freehold BOLEH diwarisi oleh anak cucu kerana freehold land mempunyai GERAN INDIVIDU sendiri, sedangkan tanah jenis leasehold ini berada dalam bentuk kumpulan iaitu, “MASTER TITLE”  dan TIDAK boleh TUKAR MILIK,hanya boleh ditambah SUB-TITLE pada geran sebagai pemilik.

4.  NILAI PASARAN yang lebih TINGGI bagi tanah jenis FREEHOLD kerana tiada sekatan- sekatan dari segi sekatan MASA dan HAK MILIK yang tanpa had. Banyak sekatan yang ada bagi jenis pegangan tanah jenis LEASEHOLD, dari segi hak milik, had masa, dan sebagainya, yang boleh memyebabkan nilai pasarannya KURANG.

Kerana itu SEBELUM anda membeli tanah jenis LEASEHOLD, tanya dahulu akan statusnya, adakah ia mempunyai SEKATAN apabila digunakan untuk DIJUAL semula atau boleh  DIPINDAH MILIK pada geran individu. Tanah LEASEHOLD juga mempunyai sekatan jika ia dibeli pada unit BUMIPUTRA.