LANGKAH MEMOHON PENGELUARAN KWSP UNTUK BELI RUMAH
Tentu ramai antara kita yang teringin nak memiliki rumah sendiri. Tapi kita rasa macam susah sangat apabila memikirkan kadar downpayment dan kos pengurusan yang agak tinggi.
Mungkin ramai yang masih tak tahu bahawa kita boleh membuat pengeluaran KWSP khusus untuk pembelian rumah tanpa menunggu usia 50 / 55 tahun.
Bagaimana caranya?
Ayuh, di sini kami kongsikan sebuah hantaran yang penuh berinformasi daripada saudara Ahyat Ishak dari Pejuang Hartanah.
Beliau ada terangkan step-by-step dan semua dokumen yang perlu disediakan untuk memohon.
Langkah Beli Rumah Dengan Wang KWSP
Bila korang ada plan nak beli rumah, kadang level kemampuan tu menyebabkan ia jadi satu penghalang untuk kita beli rumah.
Kalau nak buat pinjaman loan dari bank sebagai DOL (duit orang lain) tu dan tentu lah kan sebab kita takde duit cash yang mencukupi untuk beli hartanah.
Tahukah korang sebenarnya ada lagi satu alternatif untuk korang beli rumah sebagai salah seorang warganegara Malaysia tercinta dan penduduk tetap kat sini?
Apakah itu?
Korang boleh keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF)!
Terus rasa macam untungnya selama kerja ni carum duit KWSP kan? Hahaha.
Apa tujuan yang membolehkan korang nak buat pengeluaran KWSP ni ? Okey jom tengok.
Syarat Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah
- Beli/bina rumah pertama (atau kedua; dengan syarat rumah yang pertama dah dijual, atau dalam proses nak dilupuskan). Kalau nak beli hartanah guna Akaun 2, anda kena tunjuk bukti yang dah bayar bayaran tempahan (booking fees) dan downpayment, sekali dengan yuran peguam dan duti setem untuk SPA.
- Kurangkan atau tebus balik pinjaman untuk rumah pertama atau kedua.
- Tolong pasangan kurangkan atau tebus balik pinjaman rumah si dia.
Cara Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah
Kalau rasa nak keluarkan duit KWSP tapi tak tahu macam mana caranya, meh Ahyat share dengan korang macam mana caranya. Cekidaut!
Syarat Kelayakan Pengeluaran
Perkara pertama korang kena ambil tahu mestilah syarat kelayakan.
Kalau tak layak, macam mana nak buat semakan dan pengeluaran betul tak
- Warganegara Malaysia; atau
- Warganegara Malaysia yang pernah membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan dah pilih untuk menyumbang balik pada KWSP; atau
- Bukan Warganegara Malaysia yang:
- Dah jadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
- Dah dapat status penduduk tetap (PR) Malaysia.
- Belum sampai umur 55 tahun masa KWSP terima permohonan anda.
- Kena ada baki simpanan minimum RM500 dalam Akaun 2.
- Hartanah yang nak dibeli tu untuk kediaman je.
- Permohonan kena buat dalam masa 3 tahun lepas tandatangan SPA.
- Anda sudah mengeluarkan caruman untuk perumahan sebelum ini atau hartanah dibeli dengan caruman sudah dijual / dilupuskan
- Pinjaman anda diluluskan oleh pembiayaan diiktiraf atau pembiayaan sendiri
Dokumen Yang Diperlukan
Sediakan dokumen!
Ini adalah bahagian paling penting ya guys.
Pastikan dokumen korang lengkap.Kemudian susun ikut turutan.
Baru lah senang nak buat permohonan nanti.
Korang boleh sediakan dokumen secara softcopy/hardcopy.
- Borang pengeluaran KWSP [Borang KWSP 9C(AHL)].
- Salinan original SPA.
- Salinan pengenalan (myKad atau passport).
- Salinan surat kelulusan pinjaman dari pembiaya anda.
- Info akaun bank, dalam bentuk buku simpanan atau penyata bank.
- Bukti perhubungan (ini untuk korang yang buat join loan,Korang kena sertakan sekali surat penerangan kena beli secara join loan)
Permohonan pengeluaran secara online atau bersemuka
Sekarang segalanyakan di hujung jari korang.
Adalah lebih mudah kalau korang buat permohonan secara online menerusi apps I-Akaun.
Untuk permohonan secara bersemuka ni sila dapatkan kepastian dengan pihak KWSP sama ada perlu buat appointment dahulu atau boleh walk-in sahaja untuk permohonan pengeluaran KWSP ni.
Berapa lama proses pengeluaran KWSP ni ?
Biasanya pegawai KWSP akan inform yang proses akan mengambil masa 21 hari waktu bekerja tapi sebenarnya seawal 7 hari waktu bekerja korang dah boleh buat semakan dalam akaun korang.
Haaa jangan nak buat joli pula duit tu nanti. Ingat pesan Ahyat ni. Pastikan dokumen korang lengkap tau.
Ahyat harap perkongsian Ahyat ni serba sedikit dapat memberi idea untuk korang dalam pemilikan hartanah.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi KWSP di pautan berikut:
ATAU
Muat turun fail PDF berikut:
Sumber asal oleh: Ahyat Ishak
Petikan dari: Badra di https://harianpost.my/pengeluaran-kwsp-beli-rumah/
_________________________________________________________
Anda ada permasalahan tentang isu hartanah atau tak tau macam mana nak beli rumah? Jangan segan silu untuk menghubungi kami di:-
Zulmahizam Marzuki [REN 11225] 012 – 322 5960
Salawati Jalldin [PEA 1380] 012 – 320 5960