Zulrizq Hartanah

Home > BEZA BUMI LOT DAN TANAH REZAB MELAYU > Zulrizq Hartanah

BEZA BUMI LOT DAN TANAH REZAB MELAYU

Beza Bumi Lot dan Tanah Rezab Melayu.

Artikel Asal Di Izihartanah.com

PERBEZAAN BUMI LOT DAN TANAH REZAB MELAYU.
*Oleh Alin Yasmin, Legal Intern, Tetuan Saleh & Aizac

Dalam dunia hartanah, saya percaya perkataan ini tidak asing buat semua pembaca. Namun, adakah kita faham apakah perbezaan antara dua perkataan ini. Ada yang beranggapan bahawa kedua-duanya adalah sama namun hakikatnya tidak. Pada perkongsian kali ini, saya akan kongsikan informasi tersebut dengan lebih lanjut.

1.0 Bumi lot

🌎 Bumi lot merupakan hartanah yang hanya boleh dimiliki oleh Bumiputera sahaja. Ia merupakan satu langkah daripada Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera. Syarat pemilikan hartanah berstatus Bumi Lot ini adalah tertakluk kepada kerajaan negeri yang berkenaan. Setiap negeri mungkin mempunyai syarat-syarat yang berbeza.

🌎 Perlu diingatkan bahawa setelah geran individu atau strata unit tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan telah dipindahmilik kepada Pembeli Bumiputera tadi, status tersebut tidak terpakai lagi melainkan ia tertulis dengan jelas di geran bahawa “Tanah ini hendaklah dimiiki oleh Bumiputera sahaja.” Ini bermaksud, dalam pasaran subsale nanti, Pembeli tersebut hanya boleh menjual hartanah tersebut kepada pembeli Bumiputera sahaja.

2.0 Tanah Rezab Melayu

🍀 Tanah Rezab Melayu merupakan tanah yang hanya boleh dimiliki oleh orang Melayu sahaja. Ia turut dikenali sebagai Geran Merah kerana gerannya yang bewarna merah.

🍀 Secara umum, Tanah Rezab Melayu hanya boleh dimiiki dan dijual kepada orang Melayu sahaja, melainkan status tanah tersebut telah dibatalkan atau ditarik oleh Kerajaan Negeri dengan perkenan daripada Sultan atau Raja negeri tersebut. Ini bermakna, Pembeli hartanah tersebut hanya boleh menjual tanah tersebut kepada orang Melayu sahaja buat selama-lamanya.

Ingin ketahui info berkaitan undang-undang hartanah dengan lebih lanjut? Jom FOLLOW Hartanah dan Anda untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan hartanah.

# HARTANAHDANANDA
# COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH
# BUMILOT
# TANAHREZABMELAYU

Terima Kasih kerana sudi membaca.

kredit, hartanahdananda

=======================================================

Harap anda dapat sedikit sebanyak ilmu tentang perbezaan Bumi Lot dan Tanah Rezab Melayu.
Sekiranya anda ada sebarang kemusykilan tentang isu hartanah atau nak jual/beli/sewa rumah boleh hubungi ejen kami di

Zulmahizam Marzuki (REN 11255) 012-322 5960
Salawati Jalldin (PEA 1380) 012-320 5960