Zulrizq Hartanah

Home > BELI RUMAH DENGAN PINJAMAN KERAJAAN > Zulrizq Hartanah

BELI RUMAH DENGAN PINJAMAN KERAJAAN

IMG

JOM BELI RUMAH DENGAN PINJAMAN KERAJAAN

Anda seorang penjawat awam?

Tahukah anda bahawa anda mempunyai satu kemudahan yang orang lain tidak dapat merasainya? Iaitu kemudahan dari segi pinjaman perumahan untuk pembelian rumah. Jika anda bercadang untuk membeli kediaman sendiri adalah amat berbaloi menggunakan kemudahan pinjaman kerajaan.

Ini kerana faedah pinjaman yang berkadar tetap pada kadar 4% yang terbaik dan tidak ditawarkan oleh mana-mana bank lain (4.5% – 5.5%). Pada masa yang sama kaedah pengiraan faedahnya pula berdasarkan baki pinjaman tertunggak pada kadar baki yang berkurangan.

Sekiranya anda berpeluang menggunakan kemudahan pinjaman kerajaan untuk pembelian rumah anda, dapatkannya kerana ianya amatlah berbaloi.

JADUAL KELAYAKAN PINJAMAN KERAJAAN UNTUK PEMBELIAN RUMAH

Berikut ialah jadual kelayakan pinjaman kerajaan untuk pembelian rumah yang terbaru dikemaskini pada 1 Januari 2015.

Pinjaman Kerajaan Untuk Pembelian Rumah. APAKAH KELAYAKAN PINJAMAN?

Kelayakan pinjaman berdasarkan jadual kelayakan di atas. Jika anda bergaji bulanan hakiki sebanyak RM6,500 maka anda layak untuk meminjam RM562,000 untuk pembelian hartanah.
Bagi pinjaman pertama tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji hakiki semasa. Manakala pinjaman kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa.
Segala potongan gaji di dalam slip gaji tidak akan dikira. Termasuk juga pinjaman dengan pihak bank.
Segala pinjaman haruslah mendapat kelulusan ketua jabatan untuk menyokong permohonan pinjaman anda.

PERMOHONAN PINJAMAN

Borang permohonan berserta dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia melalui Ketua Jabatan. (Hanya untuk tentera & Polis)
Perbendaharaan Malaysia berhak menolak permohonan melibatkan pemaju/kontraktor/peguam/arkitek bagi melindungi kepentingan kerajaan.
Perbendaharaan Malaysia berhak menolak permohonan yang melibatkan pemohon yang pernah melanggar syarat pinjaman perumahan Perbendaharaan.
Perbendaharaan Malaysia berhak untuk membatalkan pinjaman sekiranya didapati peminjam telah melanggar syarat pinjaman perumahan.

KELULUSAN PINJAMAN

Jika tiada sebarang masalah, keputusan permohonan akan diperolehi dalam masa seminggu.

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

www.zulrizqhartanah.com
012-322 5960