Zulrizq Hartanah

Home > ADAKAH WAJAR BAGI PEMBELI ATAU PELABUR MELANTIK JURURUNDING? > Zulrizq Hartanah

ADAKAH WAJAR BAGI PEMBELI ATAU PELABUR MELANTIK JURURUNDING?

Adakah Wajar bagi Pembeli atau Pelabur Melantik Jururunding ?

Ramai pelabur hartanah baru mengandaikan bahawa dengan memberitahu sebanyak mungkin ejen tentang keperluannya maka secara tiba-tiba dia akan mendapat urus niaga terbaik seperti yang dikehendaki. Ini akan menjimatkan masa dan wang daripada keluar  dan mencari urus niaga itu secara sendirian.

Sekiranya seseorang ejen itu sangat memahami anda (misalnya menerusi urus niaga lalu, dsb) dan mereka tahu anda memiliki lebih daripada 10 hartanah mewah (lebih dari RM500,000) dan berpotensi untuk memiliki lagi 10 harta seumpamanya dalam beberapa tahun akan datang, ini mungkin akan berhasil.

Namun bagi pelabur baru yang membeli hanya 1 atau 2 hartanah (kurang daripada RM200,000) dalam tempoh 5 tahun akan datang, ianya kurang berhasil. Sebabnya adalah :

  1. Pada masa anda memberitahu jururunding apa yang anda cari, pada ketika itu kebanyakan ejen selalunya tidak mempunyai sebarang urus niaga yang memenuhi keperluan anda. Bila tiba masa hartanah tersebut muncul beberapa minggu atau bulan atau bertahun kemudian, ejen itu mungkin telah lupa kewujudan anda atau mereka telah tersalah letak kad nama anda atau mungkin tidak dapat menghubungi anda. Tambahan pula ejen hartanah itu sendiri sudah tidak lagi berkecimpung dalam perniagaan hartanah.
  2. Kalaupun ejen itu mencadangkan anda urus niaga yang baik, tiada sebarang jaminan bahawa anda akan membeli melalui mereka.
  3. Ia juga tidak wajar bagi ejen itu untuk bermati-matian memenuhi kehendak anda sehingga menjadi rakan kongsi ejen yang lain sebagai potensi komisen mereka, jika adapun, amatlah sedikit untuk dijustifikasikan dengan kos masa dan usaha, melainkan ejen tersebut adalah pasangan atau keluarga arau rakan golf anda.

Jika ands merupakan pelabur hartanah besar-besaran, adalah langkah bijak untuk melantik agensi hartanah mewakili anda dalam mendapatkan hartanah sama ada daripada pemaju, pasaran jualan semula, di lelongan atau tender hartanah. Dengan ini kesetiaan ejen ada bersama anda. Cara ini menjadi amalan di Malaysia dan dikenali sabagai “Agensi pembeli”.

Sumber oleh : Milan Doshi