Zulrizq Hartanah

Home > 3 JENIS PASARAN HARTANAH YANG ORANG BARU PATUT TAHU. NAK BELI YANG MANA SATU? > Zulrizq Hartanah

3 JENIS PASARAN HARTANAH YANG ORANG BARU PATUT TAHU. NAK BELI YANG MANA SATU?

4.10.16 Rumah Malaysia 1

Tahniah sebab korang dah mula bertindak.

Sementara dah wujud kesedaran ni dalam diri, apa kata kita tambah lagi ilmu untuk bekalan masa depan?

Tok yakin, ramai yang dah tahu pasal ni.

Tapi, Tok tak boleh nak lepaskan tanggungjawab asal Tok untuk educate pembaca yang baru nak mulakan langkah.

Jom kita amati perkongsian yang Tok baca kat blog NowHartanah ini.

Apa yang anda perlu tahu sebelum mula cari rumah?

Sebelum mulakan pelaburan hartanah dan memulakan pencarian rumah, korang wajib tahu 3 jenis pasaran hartanah yang ada di tanah Malaysia ni.

Pasaran hartanah ini adalah :

  • pasaran primer,
  • pasaran sekunder,
  • pasaran tertiari.

3 pasaran hartanah ini adalah berbeza dari segi keuntungan dan risiko.

Walaubagaimanapun, pilihan untuk membeli hartanah di pasaran yang mana adalah bergantung kat cita rasa dan kemampuan kewangan masing-masing.

Jenis #1: Pasaran primer (undercons)

Rumah dalam pasaran primer (nama lain, underconstruction) melibatkan pihak pemaju dan juga pihak pembeli.

Pada kebiasaannya, pemaju akan membuat lakaran dan gambaran rumah yang bakal dibina untuk ditunjukkan kepada pembeli.

Antara kelebihan membeli rumah pasaran primer adalah korang akan dapat memiliki rumah dengan rekabentuk yang terkini dan cantik. Rumah serba-serbi dalam keadaan baru.

Selain itu, rumah pasaran primer dapat dibeli dengan kos permulaan yang rendah. Sebab ada sesetengah pemaju yang memberikan rebat dan diskaun  yang tinggi kepada pembeli.

Antara keburukan rumah pasaran primer adalah pembeli terpaksa berhadapan dengan risiko rumah terbengkalai.

Harga rumah pasaran primer adalah mahal berbanding unit yang ada di kawasan sekitar.

Walaupun kos permulaan adalah rendah, kos selepas rumah siap mungkin agak tinggi.

Ini bergantung kepada penghuni dimana akan ada kos-kos seperti wiring, renovation, perabot dan sebagainya.

Jenis #2: Pasaran sekunder (subsale)

Rumah pasaran sekunder adalah rumah jenis subsale, atau dalam bahasa mudah faham rumah second hand.

Rumah ini adalah rumah terpakai. Rumah subsale kebiasaanya melibatkan pihak pemilik rumah dan juga pembeli. Ada juga kadang-kadang melibatkan ejen hartanah.

Kelebihan membeli rumah subsale adalah takde risiko rumah terbengkalai, sebab rumah yang bakal dibeli dah siap dibina.

Selain itu, korang juga dapat tahu tentang harga pasaran semasa hartanah yang bakal korang beli dan dapatkan maklumat berkenaan kadar sewa semasa.

Dari segi proses jual beli, rumah subsale memerlukan korang sediakan deposit 10% daripada harga rumah yang nak dibeli.

Antara kos tambahan lain yang korang kena tanggung seperti, kos guaman, kos penilai dan lain-lain.

Rumah dalam pasaran subsale menjadi pilihan ramai pelabur baru sebab risiko yang sangat rendah. Keuntungan sewa juga mudah untuk dianggarkan sebab kawasan sudah matang dan mempunyai kepadatan penduduk yang tersendiri.

Jenis #3: Pasaran tertiari (lelong)

Rumah pasaran tertiari adalah rumah pasaran lelong. Rumah lelong adalah rumah yang dilelong oleh pihak bank.

Kelebihan membeli rumah pasaran ini adalah, korang dapat membeli rumah bawah harga pasaran semasa.

Kemudian, korang boleh jual (atau sewakan) hartanah tu mengikut harga pasaran semasa dan sekeliling.

Korang boleh memperolehi keuntungan yang sangat lumayan. Dengan syarat korang membida rumah lelong bawah harga pasaran semasa.

Namun, sekiranya korang ingin mencari rumah dalam pasaran lelong, saya nasihatkan cari ilmu terlebih dulu sebelum membida rumah yang korang mahukan.

Hal ini kerana terdapat banyak risiko yang korang perlu pertimbangkan sebelum, semasa dan selepas berjaya membida rumah lelong.

Antaranya seperti wang deposit tunai hangus sekiranya permohonan loan ditolak dan tak lulus.

Boleh jadi rumah lelong berbaloi untuk kita beli dengan adanya ilmu yang betul.

Tok harap, korang yang baru nak bermula dapat sesuatu dengan perkongsian ini.

Yang penting, cari ilmu dulu bila nak buat sesuatu. Tak elok main langgar je. Kelak nanti, korang sendiri yang kena tanggung akibat nanti.

Korang nak beli yang mana dalam masa terdekat ni? 

 

via Gilahartanah.com

++++++++++++++

Anda ada permasalahan tentang isu hartanah? Atau nak beli rumah pertama anda tapi tak tau mana yang sesuai dengan bajet anda? Jangan risau? Kami sedia membantu anda!! Hubungi kami perunding hartanah berdaftar anda di:
Zulmahizam Marzuki (REN 11255) – 012 322 5960
Salawati Jalldin (PEA 1380) – 012 320 5960