Zulrizq Hartanah

Home > 5 PERKARA YANG TIDAK PATUT ANDA BUAT KETIKA BELI RUMAH > Zulrizq Hartanah

5 PERKARA YANG TIDAK PATUT ANDA BUAT KETIKA BELI RUMAH

Membeli rumah bukan satu aktiviti harian. Ia adalah satu pengalaman dan ilmu baru yang dipelajari yang menjadikan pakar-pakar di dalam bidang hartanah selalu melihat kesalahan yang berulang di kalangan pembeli.

Kakipersegi cuba untuk berkongsi kesalahan ‘common’ yang mendatangkan risiko yang tinggi jika tidak di ambil perhatian.

Beli rumah tidak sama seperti beli basikal untuk anak-anak, anda boleh kaji sendiri-pergi kedai dan beli. Jauh sama sekali dengan beli rumah!

PANTANG LARANG NO.5 : JAUHI BERURUSAN DENGAN EJEN HARTANAH YANG TIDAK BERDAFTAR

Pernah dengar berita wang deposit dilarikan ? pernah baca tuan rumah datang tuntut rumah ini tak pernah untuk dijual ? . Itu semua kesilapan dari pembeli kerana berurusan dengan pihak yang tidak layak malah terdapat golongan yang mengambil kesempatan.

Pihak Lembaga Pentaksir, Penilai dan Ejen Hartanah (LPPEH) Malaysia atau BOVAEA telah menggariskan dan mewajibkan kepada Real Estate Negotiator (REN) agar menggunakan Kad Rasmi yang menandakan bahawa REN tersebut adalah legal dan berdaftar dengan LPPEH. (seperti rajah di atas). It’s illegal and it’s your fault!

Mereka inilah punca harga rumah tinggi melambung, mereka popular dengan gelaran ‘broker haram’ di kalangan dunia hartanah. Mereka tidak sah di sisi undang-undang malah anda mungkin hampir tidak dapat membezakan mereka dengan ejen hartanah berdaftar.

Jadi, antara alternatif dari pihak LPPEH adalah mengeluarkan kad dan pada kad nama tersebut terdapat nombor pendaftaran ejen hartanah contoh REN 12345 , terdapat nama firma atau agensi hartanah, dan QR code, yang mana anda boleh scan untuk memastikan kad itu adalah kad yang sah dan bukan palsu.

Scan menggunakan Apps Barcode scanner dari telefon bimbit anda dan ianya akan membawa anda ke laman web rasmi LPPEH dan dinyatakan nama REN, nombor pendaftaran serta nombor kad pengenalan REN tadi. Atau,

Anda ambil nombor REN dan boleh semak secara manual di laman web LPPEH.

Maklumat lanjut boleh lihat di http://itsillegal.com.my/

PANTANG LARANG NO.4 : TIDAK SEMAK KELAYAKAN LOAN

Anda sebagai pembeli perlu menjadi pembeli yang prihatin dan berdisiplin. Tiada istilah ‘cuba’ atau ‘test’ di dalam urusan beli rumah. Persiapan dan persedian perlu di susun rapi sebelum bersedia untuk beli rumah idaman anda.

Semak kelayakan pinjaman perumahan menandakan anda sebagai pembeli yang bijak! Tahukah anda di dalam suatu keadaan, wang pendahuluan anda boleh hangus jika pinjaman bank anda tidak lulus! ? Ya, ianya berlaku secara realiti.

Proses ‘booking’ yang bagi sesetengah keadaan memerlukan tiga surat penolakan dari bank jika pinjaman anda tidak diluluskan. Sesetengah keadaan jika anda bernasib baik duit pendahuluan ‘booking’ anda akan dikembalikan jika pinjaman anda tidak lulus. Sesetengah keadaan hanya 50% sahaja dikembalikan.

Jika anda beli rumah berharga RM 400 ribu, anda bayar booking dalam 3% sama dengan RM 12 Ribu. Bayangkan jika pinjaman anda tidak lulus dan tiada sebarang syarat wang dikembalikan, maka wang anda akan hangus di dalam sesetengah keadaan.

Anda berisiko pada :

1- Wang pendahuluan

2- Masa

Dari segi masa, Jika tempoh untuk menunggu kelulusan pinjaman 14 hari, jika pinjaman tidak lulus dan anda akan habiskan masa 14 hari begitu sahaja dan anda perlu mula semula dari petak mula untuk meneruskan pencarian rumah idaman anda.

Apa yang anda perlu buat ialah buat semakan umum, anda bawa 3 bulan salinan slip gaji, 3 bulan bank statement, anda pergi ke mana-mana cawangan bank yang anda selesa, berjumpa dengan pegawai bahagian pinjaman perumahan dan maklumkan pada mereka niat anda untuk buat semakan kelayakan pinjaman perumahan. Di sini, anda akan tahu berapa maksima harga rumah anda beli dan semestinya khidmat ini PERCUMA!

Jika anda tidak mahu wang pendahuluan anda hangus, anda boleh hubungi kakipersegi.com untuk mewakili anda di dalam pembelian rumah. You will be protected. Segala urusan semakan kelayakan juga akan diuruskan tanpa perlu anda ke bank secara percuma. hubungi untuk maklumat lanjut.

PANTANG LARANG NO.3 : KOMPELIN DI HADAPAN TUAN RUMAH

Ketika ejen hartanah anda bawa anda untuk lihat rumah yang anda minati, sesetengah keadaan tuan rumah masih menetap di rumah tersebut, atau penyewa atau rumah yang sudah dikosongkan.

Jika rumah yang masih ada tuan rumah, apabila anda tidak bersetuju dengan sesetengah keadaan seperti rumah tersebut, warna dinding, kondisi dapur, saiz kecil dan lain-lain, JANGAN sesekali anda menyatakan di hadapan tuan rumah.

Nampak seperti remeh hakikat sesetengah situasi apabila menyatakan di hadapan tuan rumah bahawa “dapur kecil” atau “sempit”, ianya sudah memadai untuk menawarkan hati tuan rumah dan akan menjejaskan sesi rundingan akan datang.

Percaya atau tidak kesannya berbeza jika anda memuji tuan rumah dengan hasil ubah suai rumah atau apa-apa yang membolehkan tuan rumah tersenyum, jika anda perlukan rundingan, sudah tidak lagi masalah bagi sesetengah keadaan.

PANTANG LARANG NO.2: JANGAN TENGOK RUMAH WAKTU MALAM

Sesetengah lokasi, anda dinasihatkan untuk tidak datang bagi sesi lawatan rumah pada waktu malam. Sesi lawatan rumah anda memerlukan ‘full view’, anda memerlukan akses cahaya sepenuhnya dari segenap sudut terutama dari luar rumah.

Melainkan anda sibuk atau pihak tuan rumah hanya ada pada waktu malam, makan tidak dapat tidak sesi lawatan harus dibuat pada waktu malam. Jika tidak, sentiasa pilih waktu siang!

PANTANG LARANG NO.1: TIDAK SEDIAKAN DUIT ‘BACKUP

Kesilapan pembeli jarang untuk membuat kajian kos-kos yang perlu diguna pakai sebelum-pra-dan selepas membli rumah. Rumah minat macam mana sekalipun, jika wang backup anda kurang atau tiada, anda mungkin akan bermasalah di masa hadapan.

Anda sudah berhutang dengan bank sebagai installment baru, anda perlukan kos untuk ubah suai samada sikit atau banyak, perabut jika pasangan baru berkahwin, walaupun anda mampu beli rumah, anda masih dan perlukan wang backup sebagai tabung keluarga. Berapa ? terpulang pada anda dan kegunaannya.

Jangan sesekali ada istilah duit ‘ngam-ngam’ jika nak beli rumah!

By admin Posted in Cara Beli Rumah On May 15, 2015 via kakipersegi.com

—————-
Anda ada permasalahan dengan isu hartanah?
Jangan risau, hubungi kami untuk konsultasi !!

– ZULMAHIZAM MARZUKI (REN 12255) 012-322 5960
– SALAWATI JALLDIN (PEA 1380) 012-320 5960