Ada beza banyak ke beli rumah FREEHOLD dengan LEASEHOLD ? Jom kita belajar sikit moga-moga manfaat.
Bila anda mula untuk rikki-rikki rumah dekat internet mesti anda akan perasan didalam spesifikasi rumah tu dia akan tulis samada rumah ni FREEHOLD atau leasehold. Eh..sebab apa saya besarkan perkataan FREEHOLD tapi kecikkan perkataan leasehold ? ok macam ni cerita dia.
Rata-rata pembeli mesti dia akan tanya status pegangan FREEHOLD atau sebaliknya, dan selalunya FREEHOLD menjadi buruan. Sampai satu tahap ikut pengalaman saya yang dah 3 tahun uruskan jual beli rumah ni, ada sesetengah pembeli yang ‘obses’ dengan hak pegangan ni sampai sanggup tak jadi nak beli disebabkan rumah berstatus leasehold, walaupun dia dah suka sangat dengan rumah tu.
FREEHOLD atau bahasa Melayu disebut sebagai PEGANGAN BEBAS, atau disebut di dalam Kanun Tanah Negara (KTN) sebagai perpetuity. Ia bermakna jika anda membeli satu-satu hartanah yang berstatus FREEHOLD, pegangan anda tidak anda limit dan tidak bertempoh.
Berbeza dengan Leasehold, ianya bermaksud pegangan bertempoh. Tanah yang dibangunkan untuk dibuat rumah oleh pemaju-pemaju adalah tanah hak milik kerajaan negeri. Jika tanah yang dibangunkan itu leasehold, ianya bermaksud rumah anda berada di atas tanah yang telah dipajak syaratkan oleh kerajaan negeri secara bertempoh, dan selalunya sehingga maksima 99 tahun.
Semua orang tahu akan dua perbezaan status di atas. Namun apa yang orang tidak tahu adalah samada pegangan Freehold atau Leasehold, kerajaan mempunyai ‘hak’ untuk membuat pengambil alihan (acquisition) sekiranya difikirkan perlu.
FREEHOLD kerajaan tak boleh ambil balik ?
Ok dekat sini yang selalu ornag musykil dan salah tanggap. Freehold atau leasehold hak milik tanah masih hak mutlak kerajaan negeri! ye, walaupun freehold. Akta perolehan tanah (land acquasion act) membenarkan pengambilan tanah dibuat bagi kepentingan umum, ekonomi atau lain-lain yang bersifat kepentingan awam. Tidak dikecualikan samada freehold atau leasehold.
Premium untuk Leasehold
Beza untuk pegangan secara pajakan atau leasehold adalah bila sudah hampir tamat tempoh pajakan 99 tahun, tempoh tersebut mestilah di sambung 99 tahun lagi dengan bayaran premium kepada kerajaan negeri melalui pejabat tanah. Berapa kena bayar itu pejabat tanah sudah ada kiraannya. Adapun freehold tidak ada sebarang bayaran kerana tiada tempoh tamat.
Tanah nak diambil
Ok, berbalik kepada kerajaan ada hak untuk mengambil semula tanah yang diduduki walaupun berstatus freehold memang tidak dapat disanggah lagi. sebagai contoh, Tanah rumah anda adalah laluan perancangan untuk jalan Rail MRT, kerajaan akan bayar pampasan berdasarkan kepada harga pasaran semasa. Anda tidak boleh melawan kerajaan negeri seperti nak bawa kes ke mahkamah demi untuk mempertahankan rumah anda, pasti anda kalah! Ini kerana kerajaan negeri adalah hak mutlak kepada mana-mana tanah di negeri masing-masing. Jika dengan anda ada tittle atau geran, cuba baca semula apa yang ditulis di dalam geran tersebut. Anda akan jumpai ayat ‘TANAH YANG DIPERIHALKAN DI ATAS ADALAH DIPEGANG SELAMA-LAMANYA…’. ayat yang dinyatakan ialah dipegang dan bukan dimiliki secara mutlak.
Pengambali alihan tanah bukan sahaja tertakluk kepada rumah, jika di atas tanah tersebut rumah ekdai, kilang, pusat beli belah , stesen minyak dan apa jua jenis bentuk hartanah adalah turut tidak terkecuali dengan perolehan tanah ini.
Cuba anda baca semula kes baru-baru ini yang berlaku kepada pemilik-pemilik Ampang Park mall, mereka telah membuat tuntutan di Mahkamah untuk tidak membenarkan perolehan dibuat oleh Kerajaan Wilayah Persekutuan bagi tujuan stesen MRT . Akhirnya mereka telah kalah di mahkamah!, Shopping Mall pun boleh kalah, inikan pula rumah. Apa yang anda boleh lawan ialah jika anda tidak puas hati dengan pampasan yang dibayar, and boleh tuntut supaya semakan nilai hartanah di buat semula untuk dapatkan kadar yang lebih tinggi.
Jadi, anda jangan la risau rumah anda freehold atau leasehold. Kawasan rumah yang freehold jika berlaku perolehan tetap kena juga, dan rumah yang leasehold jika tidak berlaku perolehan selamat juga! jadi, siapa kata rumah leasehold tidak bagus ? You never know.
Kesimpulannya, anda janganlah terlalu alergic jika dengar rumah itu leasehold maka anda tak mahu nak beli, Jika ada peluang dapat rumah freehold itu terbaik kerana dari segi jangka masa panjang ia tidak ada premium yang perlu dibayar melainkan cukai sahaja. Adapun leasehold jika nak jual kemudian hari mesti mendapat kelulusan dari kerajaan negeri terlebih dahulu. Disini sajalah titik perbezaan yang penting bagi membezakan kedua-dua status pegangan ini.
moga penulisan ini manfaat.
By By admin Posted in Cara Beli Rumah On