Zulrizq Hartanah

Home > Renovate Rumah: Elakkan 10 Kesilapan Ini! > Zulrizq Hartanah

Renovate Rumah: Elakkan 10 Kesilapan Ini!

Artikel ini terakhir diperbarui March 25, 2022 by Hariz Hafiz  via Qoala.app

Selalu nampak orang renovate rumah cantik-cantik lepastu kita pun teringin nak buat juga. Korang pun mesti nak rumah lagi cantik dan selesa kan?

Tak kiralah korang nak rumah banglo, rumah condominium, rumah teres dua tingkat, rumah teres setingkat moden atau rumah kampung, nak renovate rumah ni agak rumit sebenarnya. Dengan kosnya yang mahal dan juga proses yang memakan masa, penting untuk korang betul-betul memahami apa yang boleh dan tak boleh dilakukan.

Dalam artikel ini, Qoala akan berkongsikan 10 kesilapan yang korang perlu elakkan apabila nak renovate rumah.

Ada Ke Kelebihan Kalau Renovate Rumah?

Sebelum itu, jom kita tengok sebab-sebab untuk korang renovate rumah. Selepas korang dah simpan duit untuk renovate rumah, jom kita tengok cara renovate rumah ni boleh beri kelebihan. Haa nak renovate rumah ni buka setakat nak rumah cantik je tau.

  • Rumah lebih selesa

‘Rumahku syurgaku’, korang mesti ada impian nak ada rumah iaitu tempat kita berlindung yang selesa. Sinilah tempat kita dan keluarga banyak meluangkan masa, jadi faktor keselesaan ini sewajarnya menjadi sebab utama korang nak renovate rumah.

Mungkin korang boleh tambah ruang besarkan dapur, ruang tamu dan sebagainya. Ataupun tukar lantai rumah, design dapur baru, halaman rumah dan lain-lain lagi mengikut citarasa korang.

  • Baiki kerosakan

Bila renovate rumah, ada kemungkinan korang akan jumpa kerosakan yang korang mungkin tak perasan sebelum ini.

Masalah elektrik, kebocoran bumbung, atau rekahan adalah beberapa masalah yang mesti diambil perhatian untuk memastikan keluarga korang selamat dan pada masa yang sama mengelakkan bencana atau kehilangan rumah.

  • Mampu meningkatkan nilai rumah

Bila korang renovate rumah dengan betul tanpa langgar sebarang peraturan, nilai rumah berpotensi akan meningkat.

Andai kata korang nak jual rumah lagi beberapa tahun akan datang, korang boleh fokus untuk renovate bahagian-bahagian rumah yang memang confirm boleh meningkatkan nilai rumah korang di pasaran jual beli rumah.

Antara contoh projek renovate rumah yang terbaik adalahmemperbesarkan ruang tamu utama, tukar pintu masuk utama dan renovate dapur atau bilik mandi.

Pastikan juga korang update design rumah korang supaya tak nampak macam rumah zaman-zaman dulu. Ingat, kalau ada niat nak jual rumah, bila renovate buat pilihan dengan bijak supaya nilai rumah boleh meningkat.

Insurans Cover Tak Kalau Kemalangan Terjadi?

Oh korang mungkin tertanya-tanya, insurans cover tak kalau sebarang kerosakan berlaku pada rumah akibat renovation? Jawapan pendeknya, bergantung pada keadaan, mungkin ya, mungkin tak. Huraiannya di bawah ni, teruskan membaca.

Seperti yang telah dinyatakan di atas tadi, nak renovate rumah ni prosesnya bukanlah satu perkara yang mudah. Permit, had renovation dan syarat-syarat lain korang kena ambil tahu dulu.

Bila sebut je bab permit ni, ramai yang nak renovate rumah ni anggap perkara ni leceh sebab syarat nak renovate dekat Malaysia ni agak rumit.

Kalau nak ikutkan, ada peraturan yang membenarkanrenovation atau pengubahsuaian kecil yang tanpa sebarang permit.

Menurut Akta Jalan, Parit, dan Bangunan 1974:

  1. (1) Tiada seorang pun boleh mendiri atau mengarah atau membenar didirikan dalam sesuatu bangunan apa-apa sekatan, petak, galeri, loteng, bumbung, siling atau binaan lain tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan.

Tetapi peraturan ini tak dinyatakan dengan jelas, jadi untuk lebih selamat, dapatkanlah permit.

Korang pun mesti nak buat renovation rumah yang besar kan? Memang langkah paling selamat adalah dapatkan permit.

Kalau tak ada permit, memang orang akan sesuka hati membuat penambahan sehingga mengganggu kawasan kejiranan. Dengan kata lain, tujuan utama permit ini adalah untuk menekankan elemen keselamatan. Adakah renovation yang korang nak buat ni betul-betul selamat?

Untuk menjawab persoalan “adakah insurans akan cover kalau terjadi apa-apa?”, ia bergantung sama ada renovation itu dibuat dengan atau tanpa kelulusan.

Katakanlah berlaku kemalangan seperti kebakaran atau rumah runtuh, pihak insurans akan datang untuk membuat siasatan secara menyeluruh.

Perkara pertama yang akan mereka akan minta adalah bukti projek renovate rumah ini mendapat kelulusan. Sekiranya korang gagal menunjukkan permit atau kelulusan, pihak insurans tak akan cover.

Syarikat insurans boleh menafikan tuntutan korang. Akibatnya, korang terpaksa mengeluarkan duit dari poket sendiri untuk cover kos pembaikan.

Kegagalan mendapatkan permit  juga boleh menjejaskan  perlindungan insurans korang. Premium korang mungkin akan naik atau polisi boleh dibatalkan terus.

10 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Bila Renovate Rumah

Mereka yang ada pengalaman renovate rumah mesti tahu kesilapan-kesilpan yang Qoala kongsikan di bawah ini. Korang bernasib baik sebab ada peluang untuk elakkan 10 kesilapan ini!

  1. Tak membuat research atau ‘homework’ yang cukup

    Sebelum nak mula renovate rumah, korang kena buat research cukup-cukup. Bahaya kalau dah mula renovate rumah, baru nak belajar. Baik belajar sekarang.

    Dapatkan informasi secukupnya tentang cat rumah, idea reka bentuk dapur, bilik mandi dan lain-lain. Selain itu, fahami juga tugas kontraktor dan apa yang korang boleh jangkakan daripada mereka.

    Dengan pengetahuan korang tentang renovate rumah ni, korang bolehlah tanya soalan-soalan yang betul kepada kontraktor.

    Ini juga boleh dilihat sebagai langkah berjaga-jaga supaya korang tak kena tipu dengan adanya ilmu pengetahuan tentang renovate rumah ni.

  2. Pilih yang murah je

    Mungkin ada di antara kita ni pantang nampak harga murah. Nampak yang murah je, mesti nak. Renovate rumah boleh memakan masa yang lama.

    Memang tak dinafikan, bajet yang diperlukan untuk renovate rumah ni memang besar.  Tapi korang kena ingat dalam bab renovate rumah, banyak penilaian yang perlu dibuat terlebih dulu. Jangan pilih yang murah terus!

    Apabila korang nak pilih kontraktor tu, korang kaji dengan teliti sebut harga yang mereka berikan kepada korang. Dapatkan sebut harga dari beberapa kontraktor (mungkin 3-5) supaya senang untuk membuat perbandingan. Dengan ini, korang boleh pilih pakej renovate rumah yang terbaik.

    Dalam banyak kes, ada kontraktor yang sengaja meletakkan harga yang rendah supaya mereka dapat projek itu. Korang kena jaga-jaga pasal ni sebab kadang-kadang hasil kerja kontraktor tersebut mungkin buruk dan menyakitkan hati.

    Jumpa dengan kontraktor dan berbincang, pastikan sebut harga tu mempunyai segala butiran yang penting untuk korang renovate rumah.

  3. Tak bersedia dengan masalah di luar jangkaan

    Orang cakap “expect the unexpected”.

    Kadangkala, pemilik rumah terkejut apabila kos renovate rumah lagi tinggi dari pengiraan bajet yang dilakukan.

    Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara sebegini berlaku. Antaranya, ada kerosakan tersembunyi, struktur binaan tak selamat, bumbung bocor dan sebagainya.

    Bila korang memperbaiki kerosakan-kerosakan seperti yang disebut di atas ini, kos renovate rumah pun confirm naik dengan sangat tinggi.

    Jangan sampai projek renovate korang terpaksa berhenti setengah jalan sebab korang dah tak ada bajet.

    Penting untuk korang bersedia dari segi kewangan untuk perbelanjaan tak dijangka ini.

  4. Buat semua sekaligus

    Haa ni mereka yang beli rumah baru selalu buat. Semua benda nak diubah sebab nak rumah cantik dengan cepat. Jangan rushing untuk buat semua sekaligus, pening kepala nanti.

    Seeloknya fokus beberapa bahagian sahaja terlebih dulu. Contohnya, mula-mula fokus bahagian ruang tamu dan halaman rumah. Kemudian bila prosesnya dah berjalan dengan lancar dan hampir siap, fokus pula pada bahagian lain.

    Korang kena ingat korang banyak kena berurusan dengan kontraktor, kalau nak kontraktor ini buat semua, mungkin ada masalah nanti dari segi kualiti hasil kerja.

  5. Design tak praktikal, fokus pada trend je

    Sebelum korang membuat perancangan mengenai apa yang nak dipasang dalam rumah, fikirkan penggunaan harian, dan siapa yang tinggal di dalam rumah.

    Ingat, design yang cantik dan trendy tak semestinya praktikal. Jangan sampai lepas pengubahsuaian rumah ni menyusahkan korang pula.

    Kalau korang nak renovate rumah ikut trend semasa, korang kena ingat trend ni ada tarikh luputnya tau. Maksudnya di sini, dalam beberapa tahun lagi orang mungkin dah tak pandang dah trend yang ada sekarang ni. Memang lumrah trend, cepat je berubah-ubah.

    Solusi yang korang boleh pertimbangkan adalah memilih design yang timeless yang bermaksud design yang nampak sesuai pada mana-mana zaman pun.

    Trend mungkin datang dan pergi tetapi terdapat elemen reka bentuk tertentu yang tak akan pernah ketinggalan zaman.

    Untuk pengetahuan korang, terdapat sesetengah design yang boleh meningkatkan nilai rumah korang. Kalau korang ikut trend dan trend tu dah tak trendy pada masa akan datang, ia tak akan bantu meningkatkan nilai rumah.

  6. Tak periksa pendawaian elektrik

    Ramai yang ingat asal ada elektrik pun dah cukup bagus.

    Penting untuk ambil tahu kedudukan soket yang betul dan juga jumlah soket yang sesuai di dalam rumah.

    Contohnya, dekat ruang tamu korang ada dua soket je tapi ramai yang nak guna soket untuk mengecas telefon, laptop dan sebagainya. Kan dah susah tu?

    Disebabkan ini, ramai yang mengambil keputusan untuk guna ‘extension’. Kena ingat jangan sambung semua benda elektrik dengan extension ni pada masa yang sama. Risikonya tinggi dan juga bahaya.

    Dari segi aspek keselamatan, pendawaian elektrik ini sangatlah penting. Kalau tak dilakukan dengan betul, boleh terjadi lintar pintas dan kebakaran berkemungkinan besar boleh berlaku.

  7. Pilih material yang murah dan tak berkualiti

    “You get what you pay for”, bila korang berjimat bab nak renovate rumah ni, janganlah sampai pilih barang yang tak ada kualiti.

    Kesannya mungkin korang tak nampak pada peringkat awal tapi dalam jangka masa yang lama korang mungkin akan merasa menyesal.

    Antara sebabnya, barang tak tahan lama dan akibatnya korang terpaksa keluarkan duit lagi untuk ganti dengan yang baru. Produk yang lebih murah juga cenderung berkualiti rendah dan tak akan bertahan lama.

    Bantu diri sendiri dan pilih bahan dan produk yang terbaik bila nak renovate rumah ni. Produk dan material terbaik boleh meningkatkan nilai rumah korang dan ia akan bertahan selama bertahun-tahun.

  8. Ubah fikiran banyak kali

    Memang disarankan untuk korang membuat pemantauan bila rumah tengah dalam proses renovation. Dengan cara ini, korang boleh memastikan kerja-kerja dilakukan dengan betul mengikut kehendak korang.

    Tak salah pun nak mintak kontraktor buat sedikit perubahan tapi jangan terlalu banyak dan terlalu lambat. Walaupun korang rasa permintaan korang tu simple je, korang kena ingat kerjanya tak semudah yang disangka.

    Korang akan kacau flow projek renovation rumah korang sendiri dan kos juga akan meningkat!

  9. Ukuran tak tepat

    Ukuran ini penting dan juga merupakan perkara asas bila nak menetapkan harga, pengurusan bahan dan juga sumber-sumber yang lain.

    Katakanlah korang dah siap pasang kabinet dapur kemudian cuba nak masukkan peti sejuk yang baru dibeli. Sekali peti sejuk tu tak muat masuk dapur sebab ukuran kurang tepat.

    Jadi sentiasa ukur dan ukur semula, dan dapatkan bantuan pakar dalam proses ini juga.

  10. Tak dapat kelulusan permit

    Seperti yang telah dikongsikan pada bahagian atas tadi, bab permit ni memang ramai yang terlepas pandang atau tak ambil peduli. Banyak akibatnya bila korang tak dapat permit ni.

    Antaranya, renovation tanpa permit boleh menyebabkan nilai rumah korang susut, rumah diroboh, disita dan banyak lagi!

Kesimpulan

Ingat, bila nak renovate rumah, jangan buat keputusan terburu-buru. Banyak duit yang korang keluarkan untuk renovate rumah ni. Pastikan korang tak buat 10 kesilapan yang telah dikongsikan dalam artikel ini tau!

—————————-———————————-
Anda ada permasalahan tentang isu hartanah? Jangan risau? Kami sedia membantu anda!! Hubungi kami di;
Zulmahizam Marzuki (REN 11255) – 012 322 5960
Salawati Jalldin (PEA 1380) – 012 320 5960