Zulrizq Hartanah

Home > KENAPA ADA ORANG BELI RUMAH PERTAMA TAK DAPAT 90% LOAN? > Zulrizq Hartanah

KENAPA ADA ORANG BELI RUMAH PERTAMA TAK DAPAT 90% LOAN?

Ramai dah sedia tahu.

Semua orang layak dapatkan LTV (margin pembiayaan, juga dikenali sebagai Loan to Value) sebanyak 90% untuk beli 2 biji rumah pertama.

Tapi, betul ke dapat 90%?

Tak semua. Ramai je yang tak dapat 90% bila membeli hartanah pertama dan ke-2.

Sebelum apply loan dekat mana-mana bank, baik korang hadamkan dulu betul-betul perkongsian Tuan Amir Syahir ni. Supaya korang boleh dapatkan pinjaman 90% tu tanpa was-was.

 

Apa yang semua orang tahu tentang margin pembiayaan rumah

Mungkin ramai sedia maklum pasal MOF ni. Tapi tak salah kalau kita ulangkaji, kan?

Dulu, gua ingot MOF ni Ministry of Finance je. Rupa-rupanya ada makna lain untuk MOF ni.

Margin of Finance (MOF) ni juga dikenali sebagai Loan to Value (LTV).

Dalam bahasa Melayunya, margin pembiayaan.

Kalau bank tawarkan pakej MOF 90% kepada hartanah bernilai RM150,000, ini bermakna bank akan membiayai sebanyak RM135,000.

Baki 10% ataupun RM15,000 tu perlu pembeli sediakan sebagai duit down payment (pendahuluan).

Ada juga yang dapat bawah 90% untuk margin pembiayaan perumahan kali pertama dan ke-2.

 

Kenapa boleh jadi macam ni?

Pihak bank akan turunkan nilai MOF ini untuk sesuatu pembiayaan perumahan, seperti:

  • Status pajakan tanah: Leasehold,
  • Lokasi: kawasan mudah banjir,
  • Nilai hartanah: terlampau murah,
  • Keadaan rumah: rumah rosak, usang.

Selain tu, MOF akan berubah sebab:

  • Pembelian hartanah untuk tujuan pelaburan,
  • Lebih daripada 1 pembiayaan perumahan yang sedia ada,
  • Pendapatan individu,
  • DSR (Debt Service Ratio),
  • Nilai hartanah,
  • Lokasi.

Ada banyak lagi faktor dalaman daripada pihak bank sendiri. Jadi, kalau korang dapat margin pembiayaan sebanyak 85 hingga ke 80%, sila bersiap sedia.

Bermakna, korang kena sediakan down payment yang lebih banyak berbanding kalau dapat MOF 90%.

Kalau boleh, kena sentiasa ada simpanan dan modal yang lebih daripada kiraan. Kalau tak, unit yang korang minat nak beli tu terpaksa korang lepaskan kepada orang lain.

Bank Negara Malaysia telah mengawal ketat nisbah MOF untuk pembiayaan perumahan untuk elakkan spekulasi yang tak terkawal.

More People Now Think It's a Bad Time to Buy a Home akan jadi bila saya beli lebih daripada 2 hartanah?

Kalau korang dah ada 2 atau lebih hartanah yang sedang ditanggung pembiayaan perumahan yang sedia ada, nisbah seterusnya akan dihadkan kepada 70% MOF je. Korang takkan dapat 90% financing.

Yang atas ni hanya tertakluk kepada pembiayaan melalui institusi kewangan biasa (bank). Macam mana pulak kalau bekerja sebagai penjawat awam (kerja kerajaan)?

Kalau korang bekerja dalam sektor kerajaan, dia boleh memiliki 3 buah rumah dengan MOF 90%.

Korang jugak boleh buat macam ni:

  • Beli rumah pertama: Dapat 90% MOF (Bank biasa),
  • Beli rumah ke-2: Dapat 90% MOF (Bank biasa),
  • Beli rumah ke-3: Dapat 100% MOF (Pinjaman kerajaan),
  • Beli rumah ke-4: Dapat 90% MOF (Bank biasa).

Kalau suami dan pasangan bekerja dalam sektor kerajaan, lagi la best. Sedap je korang berdua membeli rumah. Hehe.

 

Kenapa MOF tinggi penting?

Sebab paling utama adalah korang tak perlu keluarkan duit poket sendiri. Tak perlu kumpul modal dan duit deposit yang banyak.

Dan kalau nak memohon pembiayaan untuk rumah ke-3 lepas rumah pertama dah habis bayar dekat bank, berapa MOF yang korang boleh dapatkan?

Berapa? 70%?

Ramai yang akan cakap mereka hanya layak dapatkan pinjaman sebanyak 70% je. Salah tu.

Korang kena ingat. MOF ni margin pembiayaan. Kalau dah langsai bayar rumah pertama tadi, pembiayaan rumah pertama tu takkan ada dah dalam CCRIS.

Dan MOF korang akan naik jadi 90% balik untuk beli rumah ke-3 tu.

Bank Negara Malaysia dah tetapkan garis panduan MOF untuk pembelian rumah macam yang kat bawah ni:

  • Pembelian rumah pertama:  MOF 90%.
  • Pembelian rumah ke-2: MOF 90%,
  • Pembelian rumah ke-3, MOF 70%.

MOF 90% hanya tertakluk kepada pembelian rumah pertama dan ke-2 je.

Kalau dah habis bayar rumah yang pertama tadi, MOF untuk pembelian rumah yang seterusnya akan jadi 90% balik. Faham tak?

Heritage inheritance property sharing... - Stock Illustration [58597141] -  PIXTA

Masih lagi berbelanja macam orang tak ingat dunia?

Dan tahu bank hanya bagi 90% MOF. Takkan tak reti-reti lagi nak menyimpan down payment 10% tu?

Masih hisap vape? Masih beli tudung tiap-tiap kali dapat gaji? Masih gilakan sport rim dan modified kereta setiap bulan? Masih rajin menjana seribu alasan? Bagus!

Akhir kata:

“Jangan cepat mengalah. Mengalah adalah kegagalan paling nyata.”

Jangan cepat berputus asa. Jangan mudah mengalah kalau bank asyik tolak permohonan pembiayaan rumah korang.

Teruskan menimba ilmu untuk memiliki rumah pertama cepat-cepat ya. Kah!

Tak mustahil buat apa-apa kalau ada ilmu yang betul.

Tak ramai yang kongsikan ilmu macam ni. Jadi, Tok nak korang appreciate apa yang ada depan mata korang sekarang.

Untuk pembeli rumah pertama, Tok wajibkan korang amal ilmu ni supaya korang dapat 90% loan daripada bank. Tak elok rugikan peluang yang ada. Berdosa tau. Hehe.

Nak beli rumah tapi tak tahu macam mana nak check semakan loan? Kami boleh bantu secara PERCUMA!!

Boleh hubungi kami di:
Salawati Jalldin [PEA 1380] wasap.my/60123205960
Zulmahizam [REN 11255] wasap.my/60123225960