Zulrizq Hartanah

Home > Simpan Duit Gaji Beli Rumah Pertama Dengan 7 Teknik Ini! > Zulrizq Hartanah

Simpan Duit Gaji Beli Rumah Pertama Dengan 7 Teknik Ini!

Simpan Duit Gaji Beli Rumah Pertama Dengan 7 Teknik Ini!
Bila mula bekerja, banyak komitmen yang perlu ditanggung. Bilanya nak simpan duit beli rumah ni?
 
 
Mungkin ada yang bertanyakan soalan itu, dan ramai akan menjawab: “Simpanlah bila-bila masa pun!”

 
Tapi tahukah anda, konsep “bila-bila masa” ini susah nak digunapakai dalam simpanan dan pelaburan.

 
Sebabnya mudah, menyimpan dan melabur adalah tabiat yang perlu dipupuk, ia tak datang sendiri. Perkara yang ditanguh-tangguh memang tak baik kan?

 

Apa Tahap Kecelikan Kewangan Orang Malaysia?

Kajian Bank Negara Malaysia mendedahkan yang 1 daripada 10 rakyat Malaysia percaya mereka tidak ada displin pengurusan kewangan.
 
 
84% rakyat Malaysia juga hanya menyimpan untuk jangka masa terdekat, maksudnya bila hujung bulan simpanan itu akan dikeluarkan untuk perbelanjaan harian.
 
 
duit gaji, faedah kompaun, melabur, pelaburan, rumah pertama, simpanan, compound interest
 
 
 
Ditambah pula dengan situasi ekonomi tidak menentu sekarang disebabkan COVID-19 yang menjejaskan pendapatan isi rumah, menyimpan dan melabur memang susah hendak dibuat, apatah lagi dipupuk.
 
 
Malah ikut kajian RinggitPlus, peratusan mereka yang tidak boleh menyimpan langsung naik kepada 21% pada 2021 berbanding 19% pada 2020.
 
 
Kajian sama turut mendedahkan yang 51% responden tidak boleh bertahan lebih tiga bulan sekiranya hilang sumber pendapatan!
 
 
Bagi kumpulan umur 18 hingga 35 tahun pula, kadar kebolehan menyimpan mereka lebih buruk daripada purata nasional.
 
 
24% responden tidak mempunyai simpanan untuk bertahan lebih sebulan dan 57% lagi tidak boleh bertahan lebih tiga bulan jika terpaksa bergantung kepada simpanan semata-mata.
 
 
Teruk sangat ke orang Malaysia ni? Tak juga! Sebabnya masalah pengurusan kewangan ini memang masalah global.
 
 
 
duit gaji, faedah kompaun, melabur, pelaburan, rumah pertama, simpanan, compound interest
 
 
 
Ditambah lagi dengan pandemik yang mula meledak pada 2020, golongan muda aka millennial juga berdepan kesukaran menguruskan kewangan mereka.
 
 
Mengikut kajian global Standard Chartered Bank 2020, 74% millennials merasakan memang susah nak menguruskan duit.
 
 
Jangankan nak beli rumah, nak makan pun tak ada duit ni!
 

Apa Persediaan Beli Rumah?

 
Setiap orang ada impian berbeza, ada yang mahu terus menyewa, ada juga walau sekecil mana gaji dan duit tetapi mahu beli rumah idaman.
 
 
Bagi anda yang teguh berimpian mahukan rumah idaman, kami sedia bantu. Dan soalan utama tentulah persediaan beli rumah termasuklah berapa banyak duit kena sedia.
 
 
Kena ingat juga yang proses beli rumah memang mengambil masa dan banyak langkahnya.
 
 
Ia melibatkan macam-macam perkara termasuk mencari rumah yang sesuai, melantik peguam, melawat lokasi rumah, menyemak surat perjanjian dan semestinya menyediakan downpayment .
 
 
 
duit gaji, faedah kompaun, melabur, pelaburan, rumah pertama, simpanan, compound interest
 
 
 
Downpayment pula bukan sedikit tahu! Selalu dalam 10% daripada harga jualan rumah idaman anda. Misalnya kalau nak rumah RM450,000, anda kena ada sekurang-kurangnya RM45,000!
 
 
Itu baru wang pendahuluan. Belum lagi cerita bila nak masuk rumah mungkin nak ubah suai sikit, nak beli perabot, peralatan dapur, dan macam-macam lagi persiapan. Banyak juga duit nak kena simpan.
 
 
Oleh itu, perancangan kewangan yang baik sangat penting supaya dapat melancarkan urusan pembelian dan proses memiliki rumah.
 
 
Memandangkan banyak betul perbelanjaan yang perlu disediakan dari awal-awal nak beli rumah, jom kita lihat bila masa sesuai dan macam mana cara simpan duit untuk membeli rumah baru nanti.
 
 
Paling penting anda kena istiqamah dan guna cara menyimpan yang sesuai supaya rasa senang nak menyimpan untuk rumah impian anda. Mari kita tengok beberapa cara di bawah.

7 Cara Simpan Duit Gaji Yang Mudah Dan Berkesan

1. Buat jadual menabung

Ni antara cara yang paling terkenal untuk simpan duit sekarang. Macam-macam jenis jadual simpan duit anda boleh jumpa di media sosial dan sangat senang untuk anda buat sendiri.
 
 
 
duit gaji, faedah kompaun, melabur, pelaburan, rumah pertama, simpanan, compound interest
 
 
 
Pilih dulu samada anda nak menabung ikut hari, minggu, atau bulan dan berapa ringgit nak simpan.
 
 
Salah satu contoh jadual menabung dalam gandaan sifir 2 mengikut minggu (M) selama setahun:
 
 
 
 
 
Anda juga boleh ubah sifir tu, kalau mampu gunalah gandaan sifir 5, 10 atau lain-lain.
 Sebabnya jadual ni adalah untuk “memaksa pemupukan tabiat menyimpan”, ada matlamat yang anda ingin capai.
 
 
Tapi duit simpanan anda jangan disimpan dalam akaun simpanan bank biasa anda, ia tak berkembang!
 
 
Kena bijak pastikan simpanan itu berkembang, caranya mudah sahaja, setiap bulan masukkan ke dalam akaun pelaburan misalnya ASB, Tabung Haji, KWSP, emas atau pelbagai lagi instrumen pelaburan berisiko rendah yang memang setiap tahun akan dapat dividen (dan bonus).
 
 
Kenapa macam ni? Untuk faham perkara ini ada satu konsep simpanan dan pelaburan anda kena tahu iaitu “compound interest” atau dalam Bahasa Malaysianya, faedah kompaun.
 
 
 
duit gaji, faedah kompaun, melabur, pelaburan, rumah pertama, simpanan, compound interest
 
 
 

Apa itu compound interest/faedah kompaun?

 
Compound interest adalah faedah tambahan yang diterima hasil daripada jumlah simpanan asal ditambah dengan faedah yang diterima.
 
 
Dalam aspek simpanan, ia membuatkan wang simpanan anda bekerja untuk anda. Letak sahaja dalam instrumen simpanan dan pelaburan, anda akan nampak hasilnya.
 
 
Untuk contoh mudah, kita andaikan anda mulakan simpanan dengan RM10,000 dan langsung tak sentuh simpanan ini. Ikut jadual majalahlabur.com ni, ini yang akan anda dapat.
 
 
 
 
 
 
 
Nampak lama kan? Itulah cabaran menyimpan dan melabur, tidak ada hasil jangka pendek, kecuali anda cukup berani masuk dalam pelaburan berisiko tinggi yang juga memerlukan displin dan ilmu yang tinggi.
 
 
Tapi tak semua orang ada RM10,000 kan? Jadi mulakan dengan duit tabung yang anda simpan ikut jadual sifir di atas. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
 

2. Potong gaji siap-siap

Salah satu cara nak simpan duit gaji adalah dengan memasukkan duit ke dalam akaun simpanan lain, khas untuk beli rumah.
 
 
 
duit gaji, faedah kompaun, melabur, pelaburan, rumah pertama, simpanan, compound interest
 
 
 
Ini bukan hanya untuk downpayment tapi boleh jadi semua kos yang berkaitan seperti yuran guaman, yuran duti setem, caj Perjanjian Jual Beli (SPA) dan banyak lagi.
 
 
Tentukan dulu berapa peratus atau jumlah tetap daripada gaji yang anda nak simpan setiap bulan.
 
 
Lepas tu, bila dapat saja gaji, pastikan anda terus asingkan dan masuk ke akaun simpanan khas supaya tak terguna.
 
 
Nak lebih mudah tak nak nampak gaji yang mungkin anda belanjakan tu, buat sahaja auto kredit masuk ke instrumen pelaburan pilihan anda.
 
 
Tetapkan tarikh auto kredit pada hari gaji masuk ya, supaya transaksi anda tak gagal.
 

3. Simpan semua duit tambahan

Duit tambahan ni boleh jadi bonus dari tempat kerja, pendapatan sampingan dari kerja sambilan, bayaran pulangan cukai, atau apa saja duit yang dapat tanpa diduga.
 
 
Pastikan anda simpan semua duit ni untuk memaksimumkan lagi simpanan anda.
 
 
Kalau asyik terguna saja duit tu, boleh cuba simpan (baca: sorok) di tempat pelik yang susah nak ambil atau jarang diguna. Ini termasuk bawah katil, dalam pintu, tabung besi, bawah lantai kayu, dan sebagainya.
 
 

4. Pantau perbelanjaan anda

 
Bila dah tetapkan hati nak simpan duit untuk beli rumah, maknanya tak boleh lagi nak berbelanja tak ingat dunia!
 
 
Kena belajar berjimat-cermat dalam setiap segi, baik pakaian, makanan, keperluan rumah, atau percutian. Setiap duit yang keluar masuk kena pantau dan rekodkan.
 
 
Risau anda tak mampu nak kawal nafsu berbelanja? Gunakan aplikasi kewangan untuk merekod dan mengurus perbelanjaan anda seperti MintGoodbudgetMoney ManagerSpendee, dan Monny.
 
 
Kelebihan mempunyai sistem rekod dan pemantauan ini adalah setiap hujung bulan anda boleh tengok di mana duit anda dibelanjakan. Memang boleh terkejut tengok duit keluar untuk perkara yang sebenarnya boleh dijimatkan!
 

5. Tingkatkan kemahiran supaya gaji naik

 
Jika jumlah gaji adalah masalah utama anda dalam menyimpan, boleh pertimbangkan untuk tingkatkan kemahiran kerjaya anda supaya anda “lebih bernilai” di mata majikan.
 
Banyak tempat anda boleh tingkatkan kemahiran sendiri sekarang seperti e-latih HRDCorp dan Linkedin.
 
 
Kalau sudah banyak kemahiran dan layak mendapat gaji tinggi, tapi majikan sekarang tak nak bagi, mungkin sudah tiba masanya untuk mencari kerja dengan gaji lebih tinggi.
 
 
Peratusan kenaikan gaji di tempat kerja baru juga sangat bergantung kepada kebolehan anda berunding, jadi pastikan sebelum terima kerja baru berunding betul-betul!
 
 
 
duit gaji, faedah kompaun, melabur, pelaburan, rumah pertama, simpanan, compound interest
 
 
 

6. Buat tabung online

Cara ni lebih kurang kita menabung di luar tapi bezanya yang ni online. Lepas dah cukup jumlah tertentu, duit tu terus dah boleh masuk akaun bank. Tak perlu lagi nak kira-kira duit dalam tabung dan bawa ke bank untuk deposit.
 
 
Tabung online yang popular sekarang adalah di aplikasi Maybank dan CIMB. Anda boleh tetapkan berapa sasaran simpanan, tempoh masa untuk mencapainya dan pilih transaksi automatik daripada akaun anda.
 

7. Buka akaun pelaburan robo advisor

 
Sekarang ni memang mudah untuk melabur, banyak platform robo advisor anda boleh gunakan.
 
 
Tapi, sebelum nak mulakan apa saja pelaburan, selidik dulu latar belakang dan keberkesanan produk.
 
 
Baca pandangan orang yang dah cuba, dapatkan pendapat orang sekeliling, dan fahamkan proses pelaburan yang dijalankan.
 
 
Pastikan juga anda melabur di tempat yang betul dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi memastikan wang pelaburan anda selamat.
 
 
Pendek kata soalan bila masa sesuai untuk menyimpan duit beli rumah pertama atau baharu adalah seawal yang boleh. Lagi awal anda mula, lagi cepat anda bersedia.
 
 
Kalaupun pada masa depan, anda masih tak mampu beli rumah sebab harganya makin tinggi, sekurang-kurangnya anda ada simpanan yang berkembang kan?
 
 
Jadi tidak rugi apa-apa. Selamat menyimpan!
—————————————————————-
Tramizi Hussin
Dikemaskini pada 1 Mar 2022 • 13 minit membaca
—————————————————————-
Anda ada permasalahan tentang isu hartanah? Atau nak beli rumah pertama anda? Jangan risau? Kami sedia membantu anda!! Hubungi kami perunding hartanah berdaftar anda di:
Zulmahizam Marzuki (REN 11255) – 012 322 5960
Salawati Jalldin (PEA 1380) – 012 320 5960