Zulrizq Hartanah

Home > SIAPAKAH JURURUNDING HARTANAH? > Zulrizq Hartanah

SIAPAKAH JURURUNDING HARTANAH?

    Agensi harta berdaftar atau firma boleh menggaji tidak lebih daripada 20 jururunding pada satu-satu masa. Di Malaysia ejen hartanah secara rasminya dikenali sebagai Jururunding Hartanah. Di negara-negara lain, mereka mungkin dikenali sebagai broker hartanah atau ejen hartanah. Jururunding terdiri daripada orang-orang jualan dan pemasaran yang bekerja di bawah penyeliaan ejen hartanah berdaftar di dalam firma agensi hartanah. Jururunding mungkin dibayar gaji berserta komisen tidak melebihi daripada 40% dari yuran profesional yang diperoleh dari setiap urus niaga.

   Syarat untuk menjadi jururunding hartanah adalah sangat mudah, tidak terlalu ketat seperti ejen hartanah. Sebenarnya, sesiapa pun boleh menggelar diri mereka jururunding selagi mereka menyertai firma hartanah yang berdaftar, menemukan pembeli/penjual atau tuan rumah/penyewa dan memuktamadkan urus niaga. Oleh sebab keadaan semula jadi perniagaan hartanah, sesetengah mereka mungkin tidak berkecimpung dalam kerjaya ini sepenuh masa walaupun ejen hartanah hanya dibenarkan untuk mengambil jururunding sepenuh masa.

   Selain daripada latihan praktikal semasa bertugas (yang sangat pendedahannya), tidak terdapat peperiksaan formal untuk menilai kecekapan atau standard minimum yang perlu dikekalkan oleh ejen hartanah. Mereka hanya ingin menjual atau mencari penyewa, mengutip yuran mereka dan beralih ke urus niaga seterusnya. Ejen hartanah jugak tidak mempunyai insentif kukuh untuk melatih para jururunding dengan baik kerana kadar pemberhentian atau penarikan diri adalah sangat tinggi, dan mereka mudah untuk berpindah dari satu firma ke firma yang lain. Namun, terdapat juga sebilangan firma hartanah yang melatih jururunding mereka dengan baik dan mengendalikan firma mereka secara profesional.

   Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA – Malaysian Institute of Estate) merupakan badan yang mewakili semua ejen hartanah yang berdaftar. Badan ini sedang di dalam proses untuk memperakui jururunding sebagai usaha untuk menaikkan taraf profesion ini serta mengasingkan ejen-ejen yang tidak sah dengan mereka yang bekerja dengan ejen hartanah yang berdaftar. Mereka yang telah diperakui (CREN) dan dibenarkan untuk menggunakan singkatan “CREN” selepas nama mereka. Selain dari sijil, penerima CREN juga akan diberi kad yang mengandungi nama mereka. Selain dari sijil, penerima CREN juga akan diberi kad yang mengandungi nama mereka, nombor pendaftaran dan butiran agensi di mana mereka bekerja.

   Apabila anda melihat iklaneka di akhbar, jururunding akan meletakkan nombor pendaftaran agensi hartanah mereka berserta  nama firma dan nombor telefon. Nombor pendaftaran bermula dengan E123 untuk Ejen Hartanah, dan VE123 untuk Juru Nilai. Jika tiada nombor pendaftaran diletakkan, kemungkinan besar tuan punya harta sedang cuba untuk menjual atau menyewakan harta mereka secara sendirian. Cuba teka siapakah majoriti pemanggilnya – tentulah para juru nilai hartanah yang cuba mendapatkannya sebagai senarai mereka.

images (14)Langkah-Langkah-Membeli-Rumah-Lelong-710x300-1437524386

1house-for-sale (2)