Zulrizq Hartanah

Home > Cara Mohon Pinjaman Bank Untuk Beli Tanah > Zulrizq Hartanah

Cara Mohon Pinjaman Bank Untuk Beli Tanah

Tak dinafikan di Malaysia memang banyak sangat rumah untuk dijual. Pelbagai jenis dan rekaan rumah boleh dicari di serata negara. Namun, ada masanya teringin juga nak beli tanah supaya dapat bina rumah sendiri dengan reka bentuk yang kita suka.
Semuanya mengikut citarasa sendiri. Boleh pilih nak berapa tingkat, saiz besar mana, susun atur ruang, warna cat luar dalam, dan banyak lagi. Kalau beli rumah dah siap, nak tukar-tukar mestilah kena bayar kos ubah suai dan minta kelulusan pihak berkuasa dulu. Tak best, kan?
Rasanya ramai dah tahu macam mana nak mohon pinjaman perumahan untuk rumah kediaman. Tapi, kalau nak beli tanah sama ke caranya dengan nak beli rumah? Kena berhati-hati juga sebab ramai dah kena scam dan jadi mangsa tipu beli tanah sampai kena buat tuntutan kat mahkamah.
Bagi yang nak beli tanah, ada pinjamannya tersendiri yang ditawarkan oleh pihak bank sebab pinjaman perumahan hanyalah untuk membeli rumah baru dan subsale. Selain tu, sebelum nak beli tanah, pastikan dulu beberapa perkara seperti di bawah:
  • Tujuan beli tanah: Bila dah tahu nak beli tanah untuk buat apa baru boleh cari tanah yang sesuai.
  • Status tanah yang diperlukan: Samada tanah kediaman, tanah pertanian, tanah komersial atau tanah banglo.
  • Hakmilik tanah: 3 jenis hakmilik tanah utama adalah Pegangan Bebas (Freehold), Pegangan Pajakan (Leasehold) dan Rizab Bumiputera.
  • Geran tanah: Semua maklumat penting mengenai tanah ada dalam ni. Jadi penting untuk baca geran dulu dan semak juga dengan pejabat tanah.
  • Bajet yang ada: Nak ambil pinjaman tanah, pastinya kena bayar wang pendahuluan dan ada kos tambahan lain, jadi tentukan berapa bajet anda.
Dah setel? Mari kita tengok macam mana cara beli tanah dan apakah yang diperlukan dalam proses pembelian tersebut.

Apa Beza Pinjaman Perumahan dan Pinjaman Tanah?

Bila nak beli rumah atau tanah menggunakan loan bank, anda kena teliti dulu margin pembiayaan atau Margin of Financing (MOF). Ianya adalah peratusan daripada harga hartanah yang ditawarkan oleh pihak bank bagi pembiayaan pinjaman.
beli tanah, pinjaman beli tanah, surat perjanjian jual beli tanah, loan beli tanah berapa tahun
Lazimnya, kadar MOF adalah berbeza bagi pinjaman rumah atau tanah.
Jenis PinjamanMargin Pembiayaan (MOF)*
Pinjaman perumahanRumah pertama: 90% – 100%
Rumah kedua: 90%
Rumah ketiga: 70%
Pinjaman tanahTanah kediaman: 70% – 90%
Tanah pertanian: 65% – 70% T
anah komersial: 85%
*MOF bergantung juga pada skor kredit
Melihat kepada MOF yang ditawarkan, banyak juga beza harga antara wang pendahuluan yang perlu disediakan bagi pinjaman rumah dan tanah. Sebagai contoh, katakan anda dapat MOF paling minimum untuk pembelian rumah pertama dan tanah kediaman. Harga rumah dan tanah adalah sama pada RM450,000. Jom kira!
  • Wang pendahuluan rumah dengan MOF 90% = 10% x RM450,000 = RM45,000
  • Wang pendahuluan tanah dengan MOF 70% = 30% x RM450,000 = RM135,000
Wah! Tambahan RM90,000 kalau anda nak beli tanah yang sama harga dengan rumah. Maknanya banyak juga bajet yang anda perlu sediakan.
Dari segi proses pinjaman pula, kedua-duanya adalah sama kerana berada di bawah pembiayaan hartanah. Yang membezakan adalah MOF tadi dan juga kadar faedah yang ditetapkan oleh setiap bank.
beli tanah, pinjaman beli tanah, surat perjanjian jual beli tanah, loan beli tanah berapa tahun
Seperti yang ditunjukkan di bawah, kita akan bandingkan kadar faedah untuk setiap pinjaman daripada bank yang sama untuk melihat perbezaannya.
CIMB
3.1% – 3.2%
4.1%
PUBLIC BANK
3.1%
2.9%
CO-OPBANK PERTAMA
3.75%
1.9%
*Setakat April 2022
Berdasarkan kadar yang ditawarkan, boleh lah anda menggunakannya sebagai salah satu faktor dalam memilih bank yang sesuai untuk memohon pinjaman tanah. Cara nak mohon tu lebih kurang sama saja dengan pinjaman hartanah lain.

Langkah Mohon Pinjaman Tanah Dengan Bank

  1. Sahkan dulu status tanah untuk mengelakkan sebarang masalah atau salah faham di kemudian hari.
  2. Pergi dan lihat sendiri tanah yang nak dibeli dan rujuk pada nombor geran untuk semak plot tanah.
  3. Survey bank yang sesuai dan dapat menerima permohonan pinjaman tanah anda.
  4. Sediakan semua dokumen yang diperlukan, antaranya
  5. Dokumen identiti – Salinan kad pengenalan bagi warga Malaysia, atau salinan pasport atau MyPR bagi warga asing
  6. Bukti pembelian – Perjanjian pembelian dan penjualan atau boring tempahan pemaju
  7. Dokumen pendapatan – Slip gaji 3 bulan terkini, penyata komisen 6 bulan terkini, atau penyata bank perniagaan bergantung kepada status pekerjaan.
  8. Sediakan bayaran caj yang berkaitan, seperti
  9. Fi pemprosesan
  10. Caj perkhidmatan
  11. Duti setem
  12. Yuran guaman
  13. Insuran/takaful tanah
  14. Pergi ke bank untuk memohon pinjaman dengan mengisi semua borang permohonan yang perlu dan tunggu jawapan dari mereka.
Jika anda seorang penjawat awam atau agensi kerajaan, tak perlu pening-pening sebab boleh cuba mohon pinjaman perumahan kerajaan atau LPPSA. Salah satu jenis pinjaman yang disediakan adalah membeli tanah dengan tujuan membina rumah. Manfaat pinjaman pun boleh tahan juga!
beli tanah, pinjaman beli tanah, surat perjanjian jual beli tanah, loan beli tanah berapa tahun

Buat Keputusan Membeli Dengan Bijak

Perasaan dapat beli tanah tu memang seronok. Bukan saja sebab boleh bina rumah ikut citarasa sendiri tapi sebab rasa macam dah capai sesuatu yang penting dalam hidup. Tapi, jangan terlampau ghairah sebab banyak juga perkara yang perlu dipertimbangkan.
Semak dulu kelayakan untuk mengelakkan pinjaman ditolak dan “mencalar” skor kredit anda. Pastikan ada wang pendahuluan dan bajet lain yang secukupnya serta sediakan semua dokumen yang diperlukan.
Selamat mencuba!

By

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Anda ada permasalahan tentang isu hartanah? Jangan risau? Kami sedia membantu anda!! Hubungi kami di:
Zulmahizam Marzuki (REN 11255) – 012 322 5960
Salawati Jalldin (PEA 1380) – 012 320 5960