Zulrizq Hartanah

Home > Tip Membeli Rumah Sub-Sale > Zulrizq Hartanah

Tip Membeli Rumah Sub-Sale

TIP MEMBELI RUMAH SUB-SALE (SECOND HAND)

Kalau nak beli rumah, jgn asyik sibuk fasal harganya, designnya, lokasinya, dan bentuk fizikalnnya semata2..ada perkara yg lebih penting yg anda kena ambik tahu..Apa dia??

1. Anda kena tahu siapa pemilik berdaftar rumah tersebut? Ingat! Orang yg menjual tu tidak semestinya pemilik berdaftar rumah tu ok.

2. Anda kena tahu syarat-syarat nyata rumah tersebut? Contohnya, rumah tu boleh ke tidak nanti kalau kita nak buat renovation dari setingkat jadi 2 tingkat misalnya.

3. Anda kena tahu rumah tersebut ada sekatan kepentingan atau tidak? Kalau ada sekatan kepentingan sebelum boleh buat pindahmilik kpd nama anda, penjual kena dapatkan kebenaran bertulis (consent) terlebih dahulu daripada Menteri Besar / Pej Tanah.

4. Anda kena tahu rumah tersebut dlm kategori Rezab Melayu ke bukan Rezab melayu..Kalau Rezab Melayu, pastikan anda orang Melayu sblm boleh beli ok..he..he..

5. Anda kena tahu pemilik berdaftar rumah tersebut masih ada loan dgn bank atau tidak? Atau dlm erti kata lain sama ada rumah tersebut masih digadai kpd bank atau tidak??

Mcm mana nak tahu semua perkara tu?? Sbb biasanya penjual tak akan bagi tahu..dan kebanyakan pembeli kadang2 tak mahu ambil tahu pun..

Mudah sahaja! sebagai pembeli gunakanlah hak anda untuk mintak SALINAN HAKMILIK (GERAN) rumah tersebut daripada penjual. Kalau penjual tak nak bagi?? Lupakan sahaja niat anda utk membeli rumah tersebut?? Kenapa saya kata begitu??

Analoginya mudah sahaja, geran rumah itu adalah SURAT BERANAK/ KAD PENGENALAN bagi sesebuah rumah..sama mcm manusia..apa guna kita sukakan seseorang tanpa kita mengetahui identitinya..sama mcm rumah, apa guna kalau kita hanya tertarik dengan ciri2 luaran dan harganya sahaja, tanpa kita mengetahui identiti sebenar rumah tersebut..

Kalau penjual berdolak dalik untuk nak kasi salinan geran, mungkin ada sesuatu yg dia cuba sembunyikan ttg status rumah tersebut..walaupun dia akan kata “Dont worry bos, semua ok”..tapi jgn percaya cakap beliau selagi anda tidak melihat sendiri salinan geran rumah tersebut..

Kemudian, selepas dapat salinan GERAN RUMAH tersebut, apa yg patut anda buat?? Nantikan tips yang seterusnya, Insyaallah..

 

Oleh : Salkukhairi bin Abd Sukor

Peguam Hartanah