Zulrizq Hartanah

Home > SIAPAKAH AGEN HARTANAH? > Zulrizq Hartanah

SIAPAKAH AGEN HARTANAH?

Di Malaysia, industri perkhidmatan hartanah adalah di bawah skop Kementerian Kewangan dan dikawal selia oleh Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah 1981. Akta ini memberi kuasa ke atas pembentukan badan kawal selia yang di panggil Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (BOVAES – Board of Valuers, Appraisers & Estate Agents) yang menjaga dan menyelenggarakan pendaftaran bagi juru nilai, penaksir dan ejen hartanah serta lain-lain prosedur yang berkaitan hartanah.

Amalan hartanah Malaysia merupakan salah satu amalan yang paling terkawal di dunia. Didalam beberapa negara jiran, amalan hartanah langsung tiada mempunyai kawalan. Sesiapa sahaja tanpa mengambil kira latar belakang dan kerjaya, boleh menjual hartanah. Di Malaysia, mereka boleh diklasifikasikan sebagai pengamal tidak sah atau ejen palsu dan boleh didenda atau dipenjarakan.

Untuk menjadi ejen hartanah, ianya mengambil calon-calon tidak kurang dari  4 tahun setelah :

a) lulus 12 peperiksaan bertulis dalam berbagai-bagai topik berkaitan dengan hartanah yang ditetapkan oleh BOVAEA

b) latihan praktikal sekurang-kurangnya 2 tahun di mana mereka perlu menghantar diari aktiviti selama 6 tahun

c) menghantar 2 tugasan praktikal atau kertas tesis di bawah Ujian Kecekapan Profesional dan akhir sekali

d) lulus temu duga lisan

Sebelum mereka diberikan Kebenaran Amalan dan didaftarkan dengan BOVAEA sebagai Ejen Hartanah. Mereka boleh memohon untuk menubuhkan firma agensi hartanah, atau menjadi rakan atau pengurus di firma sedia ada, atau kekal sebagai ejen hartanah. Tanpa ‘pendaftaran untuk amalan’, ejen hartanah tidak dibenarkan untuk berniaga, menjadi pemegang amanah dan memungut wang daripada para pembeli/penyewa atau melantik perunding.

Agensi hartanah adalah sangat mencabar dan berpengkhususan tinggi. Selain daripada bagus dari segi Jualan dan Pemasaran, ejen hartanah mesti mengetahui semua perkara berkaitan dengan hartanah seperti percukaian, pembiayaan, pelaburan dan pelbagai akta harta dan perundangan seperti Akta Geran Strata, Akta Pemaju Perumahan. Akta Perancangan Bandar dan Negara, Akta Kerajaan Tempatan, Kanun Tanah Kebangsaan dan sebagainya. Mereka dilihat sebagai pengamal profesional sama seperti peguam, doktor, arkitek, jurutera, dsb, serta mereka boleh dipertanggungjawabkan secara profesional ke  atas segala tindakan mereka. Mereka juga mesti memiliki insurans ganti rugi profesional dan menyelenggarankan akuan pelanggan secara berasingan atas sebarang wang yang dipegang oleh mereka sebagai pemegang amanah.

Ejen hartanah mesti mengelak dari terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dikira di dalam batasan undang-undang dan tidak dibenarkan untuk memberi nasihat perundangan. Sebarang hal berkaitan undang-undang hartanah hendaklah dirujuk kepada para peguam.

images (6)images

 

 

 

 

images (2)House shopping