Rumah Patuh Syariah Islam Mesti Ada 4 Konsep Ni…

Salam Jumaat semua!

Sempena hari Jumaat yang mulia di sisi Islam ni, saya nak ajak korang fikirkan satu isu yang menarik untuk dibincangkan.

Dalam masa korang semua sibuk untuk merancang dan berhajat untuk memiliki rumah sendiri, pernah tak korang terfikir:-

 

Apakah ciri-ciri rumah yang menepati perspektif dan hukum Islam?

Korang mesti sedia maklum, sebagai contoh, kaum Cina ada hukum ‘Feng Shui’ dalam setiap aspek kehidupan, apatah lagi melibatkan rumah mereka.

Kita bukan hanya nak lihat hukum Islam sekadar pada loan rumah yang Islamik je, malah sebenarnya dah ada garis panduan pun dalam agama Islam melalui Al-Quran untuk memilih sesebuah rumah.

Jom kita lihat 4 konsep memilih rumah mengikut perspektif Islam:

 

★ #1 KONSEP KAWASAN DAN LOKASI.

Untuk memilih rumah yang baik dari sudut Islam, perkara utama korang mesti ikuti adalah konsep kawasan di dalam sesuatu lokasi. Lingkungan atau persekitaran kawasan atau dipanggil bi’ah (بيئة ) ni sama je konsep macam orang putih selalu cakap tu = environment.

Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Jadi, pilihlah persekitaran yang sihat, sebab kajian mendapati persekitaran tempat hidup itu boleh mempengaruhi keperibadian, pola pemikiran serta tingkah laku manusia.

Lihatlah dan teliti persekitaran kawasan tu sebelum memilih rumah korang.

Ada masjid di sekitar rumah tu untuk beribadat?
Ada padang untuk aktiviti riadah korang dan anak-anak??
Adakah kawasan tersebut tiada pencemaran darat, air, udara dan lain-lain???

Ni antara contoh yang perlu korang ambil kira.

Persekitaran yang baik dan sihat akan menjamin kelestarian hidup korang dan keluarga korang.

 

★ #2 KONSEP SOSIAL. 

Konsep kedua yang ditekan pula adalah konsep sosial atau hubungan sesama manusia.

Islam sering menekan konsep silaturrahim, kan?
So, korang kena faham silturrahium ni bukan terhad masa time kenduri or open house raya je ya! Hehehe.

Malah, dalam memilih rumah pun korang kena jaga konsep sosial menurut Islam melalui 3 perkara berikut:

A) Terhadap Diri Sendiri (Individu).

Mesti ada ruang terlindung, ada privasi dan selesa untuk korang spend time pada diri sendiri bagi aktiviti seperti mandi, solat, urusan peribadi dan lain-lain.

B) Terhadap Keluarga.

→ Ibu Bapa – Pastikan ada ruang selesa untuk mereka, dan jika mereka uzur atau sakit, pastikan ada kemudahan seperti tandas dan bilik mandi yang bersesuaian. Bukan letak mereka di tingkat atas yang semestinya sukar untuk mereka bergerak. Fikirkan kemudahan untuk katil orang sakit serta laluan kerusi roda misalnya.

→ Bilangan Ahli Keluarga – Fikir pelan jangka panjang awal-awal. Pertambahan bilangan anak memerlukan lebih ruang dan bilik. Bukan soal anak je, fikir jugak kalau nak terima menantu nanti? Mana tau kan kalau anak menantu korang nak duduk sekali? Tak lupa juga ruang buat pembantu rumah korang. Mereka pun ada hak untuk hidup selesa.

→ Lelaki vs Perempuan – Islam menetapkan WAJIB pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabial salah seorang capai umur 10 tahun.

→ Sanak Saudara – Sesekali mesti ada saudara kita yang datang ziarah dan bermalam, contohnya masa musim perayaan atau cuti sekolah. Sebagai tetamu, mereka juga kena ada ruang privasi bagi solat, tidur atau tukar pakaian.

C) Terhadap Jiran Dan Komuniti.

Kenali jiran tetangga dan komuniti masyarakat di rumah anda tu. Islam menyuruh umatnya bertanggungjawab dan menjaga perhubungan sesama jiran tetangga. Praktikkan di dalam diri memberi salam kepada jiran, berbuat baik kepada mereka dan membantu mereka sekira ditimpa kesusahan atau kemalangan dan menziarahi sekiranya berlaku kematian.

Ini semua adalah konsep sosial di dalam Islam yang harus korang ambil berat.

 

★ #3 KONSEP RUANG.

Ruang memainkan peranan yang penting apabila seseorang pembeli ingin memiliki rumah.

Dalam Islam pun dah ada garis panduan dan konsep tentang cara pemilihan rumah dari sudut ruang.

A) Keperluan Ibadah.

Pada zaman kini, banyak pemaju kurang ambil perhatian dalam pelan pembinaan bagi menepati hukum syariah Islam untuk ruang sesebuah rumah. Namun, tak mengapa. Korang bolehlah sendiri pastikan ada ruang khas untuk ibadah, terutamanya ketika hendak melakukan ibadah secara berjemaah.

Utamakan juga orientasi dan kedudukan ruang-ruang dalam rumah terhadap arah qiblat.

Arah qiblat ni mempengaruhi arah pintu masuk, arah tandas, arah ruang solat dan juga sekiranya berlaku kematian nanti, arah jenazah tersebut.
Haa! Sekarang dah terfikirkan? Penting tu ya!

B) Saiz Ruang.

Tujuan utama memiliki rumah adalah untuk kelangsungan hidup diri sendiri dan keluarga.

Berehat, beribadah dan bersosial bersama keluarga adalah antara aktiviti yang dilakukan di rumah. Maka, saiz ruang yang selesa sudah mencukupi untuk menjalankan perkara-perkara ini.

Islam menekan konsep kesederhanaan dalam setiap perkara. Oleh itu, pilihlah saiz ruang rumah yang menepati citarasa korang tetapi berdasarkan kemampuan dan bukannya untuk tujuan bermegah-megah.

Islam melarang umatnya berlumba-lumba atas tujuan untuk bermegah-megah yang boleh menimbulkan rasa sombong dan riak.

Firman Allah SWT di dalam Surah At-Takathur, ayat 1-8:

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ. حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ. كَلا سَوْفَ تَعْلَمُونَ. ثُمَّ كَلا سَوْفَ تَعْلَمُونَ. كَلا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ. لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ. ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ. ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ

“Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak. Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibat yang buruk pada hari kiamat). Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu – demi sesungguhnya, Kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya). Kemudian kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya).”

C) Susun Atur Ruang.

Islam juga ada menyediakan garis panduan tentang susun atur ruang-ruang di dalam rumah seperti berikut:

→ Pintu Masuk – Mestilah terhalang dari pandangan luar. Serta tidak menghadap arah rumah jiran. Fikirkan soal privasi.

→ Tingkap – Perlu dibuat untuk tujuan aliran udara dan cahaya. Sekiranya menghadap rumah jiran, letaklah langsir untuk privasi bersama.

→ Laluan – Seeloknya ada laluan berasingan bagi kaum wanita supaya memudahkan pergerakan mereka tanpa perlu mendedahkan aurat.

→ Bilik – Perlu mengambil kira privasi serta jantina penghuni bilik. Lelaki dan wanita bukan mahram mestilah berasingan.

→ Tandas – Pintu mesti dibina untuk dibuka oleh tangan kanan supaya kaki kiri melangkah masuk dahulu. Aarah tandas juga tak boleh menghadap atau membelakangkan qiblat. Serta seeloknya dibina tandus cangkung. Kajian mendapati, mencangkung ketika buang air adalah lebih baik serta cara itulah telah diajar oleh Rasulullah SAW.

→ Tempat Berwuduk – Lebih afdhal berasingan dari ruang tandas.

 

★ #4 KONSEP KEBERSIHAN.

Islam sangat menekankan soal kebersihan di dalam segala aspek kehidupan.

Pastikan rumah korang ada:

→ Sistem pembuangan yang sampah yang teratur.
→ Sistem perpaipan yang lancar untuk sumber air bersih.
→ Sistem kumbahan yang efektif untuk saliran keluar bahan kumbahan.

Dengan memastikan keberkesanan sistem-sistem ini, maka kebersihan rumah korang akan terjamin dan rumah yang didiami juga akan memberikan keselesaan yang maksimum.

Demikianlah perkongsian saya pada topik kali ini. Amacam? Best tak? Sharelah dengan kawan-kawan.

Semoga bermanfaat dan membantu korang semua dalam membuat keputusan mengikut syariah Islam ketika memilih rumah korang ya!
InsyaAllah!

 

posted by PEJUANG HARTANAH

Category : Article

 

 

Leave a reply

Send to Friend

Email Agent for KENAPA MENYEWA, PADAHAL ANDA BOLEH BELI SEBIJI RUMAH?