Zulrizq Hartanah

Home > PROFIT hasil daripada SEWAAN HARTANAH > Zulrizq Hartanah

PROFIT hasil daripada SEWAAN HARTANAH

Anda mungkin antara INSAN yang mempunyai LEBIH dari satu hartanah dalam senarai simpanan anda. Telah menjadi TREND masa kini untuk memiliki lebih dari satu hartanah, samada untuk simpanan, pelaburan mahupun sebagai KOLEKSI anda….TETAPI pastikan anda mempunyai DANA yang cukup untuk menampung semua kos yang terbabit di dalam penyelenggaraan SEMUA hartanah ini.

Strategi yang boleh digunapakai untuk memastikan semua hartanah anda KEKAL di dalam senarai hartanah anda serta mampu menjana KEUNTUNGAN hasil daripadanya, adalah dengan cara SEWAAN. KAEDAH ini bukan sahaja memberikan KEUNTUNGAN, malahan mampu membantu anda mengurangkan KOS TENAGA & KOS JUALBELI yang berkaitan.

CARANYA mudah……Pastikan hartanah yang anda beli itu mempunyai “MARKET VALUE”  yang tinggi dari segi PERMINTAAN SEWAAN di lokasi yang STRATEGI, seperti hartanah tersebut berada di tengah2 BANDAR. Yang mana mempunyai pelbagai kemudahan awam seperti perkhidmatan bas, LRT, sekolah, kawasan pejabat dan sebagainya.Pastikan juga ianya berada berdekatan dengan kawasan institusi pengajian tinggi awam/swasta.

Langkah seterusnya ialah mencari bakal2 penyewa untuk hartanah2 ini.  TETAPI pastikan bahawa anda akan mendapat PULANGAN KEUNTUGAN ke atas hartanah ini….sebagai contoh;

Katakan bayaran bulanan PINJAMAN hartanah anda ialah RM 800/bulan.

Kadar SEWA hartanah di kawasan sekitar RM1200/bulan.

Maka dengan MUDAH anda bakal mendapat KEUNTUNGAN KASAR sebanyak <RM400/bulan, ( setelah mengambil kira kos “maintenance, pelbagai cukai dsb ).

 

TETAPI AWAS!!!!!!!!!!!!!! homePastikan anda mendapat bakal2 PENYEWA yang boleh mengembirakan anda dari segi;

1.   Boleh membayar sewa TEPAT pada MASAnya.

2.   Boleh membayar sewa secara AUTOMATIK ( tanpa disuruh/ diminta ).

3.   Boleh MEMBAIKI masalah2 kecil secara SENDIRI.

4.   Gembira memiliki ANDA sebagai TUAN RUMAH.