POLISI PERUMAHAN MAMPU-MILIK NEGARA – PENYELAMAT PEMILIKAN HARTANAH BUMIPUTERA?

“Apakah tindakan pihak Kerajaan untuk membasmi masalah pemilikan rumah di Malaysia?”

Tok pasti, ramai kat luar sana yang tanya soalan ini.

Dengan kadar pemilikan rumah rakyat Malaysia sekitar 44% pada suku pertama 2018, bermakna 56% masih belum memiliki rumah sendiri. Dan jumlah ini, bukan kecil-kecil anak.

Buat yang masih belum ada rumah pertama, Kerajaan bakal memperkenalkan satu dasar baru bagi menyelesaikan masalah ini.

Polisi ini bakal berikan kesan positif kepada kadar pemilikan rumah di negara ini. Ikuti perkongsian Tok hari ini kalau korang serius nak tahu.

 

Peluang emas golongan B40 memiliki rumah pertama

Polisi yang Tok maksudkan adalah Polisi Perumahan Mampu-Milik Negara (atau dalam bahasa ‘Mat Saleh,’ National Affordable Housing Policy).

Polisi ini dilancarkan  pada 28 Januari 2019.

Polisi Perumahan Mampu-Milik Negara ini adalah sub-polisi kepada Dasar Perumahan Negara 2.0.

Bersama Dasar Komuniti Kebangsaan (National Community Policy) yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, polisi ini juga menyediakan rumah mampu-milik berkualiti kepada rakyat, terutama sekali untuk kumpulan pendapatan B40 (bawah 40%).

Polisi ini merupakan sebuah tindakan susulan selepas pelancaran National Affordable Housing Council(NAHC) oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

 

Apa kelebihan polisi ini kepada rakyat Malaysia?

“Jadi, apa langkah pertama yang pihak Kerajaan buat dengan pelancaran polisi ini?”

Kerajaan dijangka akan meletakkan had harga untuk rumah dalam kategori mampu-milik pada RM300,000, dan keluasan minimum unit ini adalah pada 900 kaki persegi.

Langkah ini dilihat akan berikan peluang kepada golongan B40 untuk memiliki hartanah pertama mereka dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

Polisi ini juga akan menyediakan garis panduan harga untuk perumahan mampu-milik di lokasi berbeza, berdasarkan pendapatan sederhana penduduk.

Skim perumahan mampu-milik pula, akan ditentukan oleh Bank Negara Malaysia berdasarkan data yang dikumpulkan oleh badan ini.

 

10 tahun, bina 100,000 unit kediaman mampu-milik

Sebagai permulaan, Syarikat Perumahan Negara Berhad dijangka akan membina 100,000 unit rumah mampu milik setiap tahun, bermula tahun ini (2019).

Kementerian Wiayah Persekutuan juga akan mula memulakan pembinaan projek rumah mampu-milik, dengan sasaran 10,000 unit dalam masa 3 tahun akan datang.

Projek yang dikenalli sebagai ‘Residensi Wilayah’ ini adalah versi yang lebih baik dari projek Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) yang dimulakan oleh Kerajaan terdahulu.

Kerajaan baru telah menetapkan untuk membina sebanyak 1 juta rumah mampu-milik, yang dicadangkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dalam tempoh 10 tahun.

Usaha ini dilihat sebagai permulaan untuk mencapai objektif ini.

 

Sebanyak 30,115 unit kediaman gagal dijual?

Baru-baru ini, National Property Information Centre (NAPIC) telah menerbitkan data yang menunjukkan jumlah hartanah tidak terjual adalah sebanyak RM19.54 bilion ($4.6 billion) setakat ini.

Pada suku ke-3 tahun 2018, sebanyak 30,115 unit kediaman tidak terjual yang direkodkan oleh NAPIC.

Bermakna, unit kediaman yang tidak terjual meningkat sebanyak 48.35%, jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya (2017) yang mencatatkan sebanyak 20,304 unit yang tidak terjual.

Untuk menyelesaikan masalah lambakan rumah tidak terjual ini, Kerajaan akan melancarkan ekspo jualan rumah mega, ‘Kempen Pemilikan Rumah (Home Ownership Campaign)’ pada bulan Mac akan datang nanti.

Ekspo seumpama ini telah berlangsung pada 2 dekad yang lepas (pada tahun 1998), dan bakal menjadi platform dalam menyediakan peluang bagi rakyat Malaysia memiliki rumah pertama mereka.

 

2019 – Tahun istimewa untuk anda beli rumah pertama

Daripada keseluruhan 30,115 unit rumah yang tidak terjual ini, 17,971 unit dijual pada harga bawah RM500,000.

Manakala 12,144 yang selebihnya dijual pada harga antara RM500,000 sehingga RM1 juta.

Pihak pemaju yang membina semua unit kediaman ini, dilaporkan akan memberi diskaun sehingga 10% kepada mereka yang berminat.

Di samping itu, rakyat Malaysia juga akan dikecualikan membayar duti setem pada instrumen pemindahan (MOT, atau Memorandum of Transfer) dan perjanjian pinjaman rumah untuk membeli rumah bernilai antara RM300,001 dan RM1 juta untuk pembeli rumah pertama.

Skim khas ini akan dijalankan dalam tempoh 6 bulan, bermula pada 1 Januari 2019 untuk mengatasi masalah pemilikan rumah dan hartanah kediaman yang tidak terjual.

 

Adakah langkah ini dapat selesaikan masalah yang ada?

Pada pendapat personal Tok, ini adalah satu langkah yang baik dari pihak Kerajaan bagi menangani isu lambakan kediaman tidak terjual dan pemilikan rumah di negara ini.

Untuk korang pula, tak patut lepaskan peluang yang ada. Rebut peluang ini untuk beli rumah pertama korang pada harga mampu-milik.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat Tok ini. Korang boleh kongsikan pandangan korang di ruang komen bawah ini. Tok suka nak baca pendapat korang juga.

By Tok Penghulu

Category : Article

 

 

Leave a reply

Send to Friend

Email Agent for KENAPA MENYEWA, PADAHAL ANDA BOLEH BELI SEBIJI RUMAH?