5 Keuntungan Beli Rumah Subsale

Baru-baru ini kecoh perihal Bank Negara Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa harga rumah sangat mahal.

BNM mengeluarkan data harga rumah mampu milik di Malaysia ialah maksimum RM282,000. Namun hakikatnya median harga rumah pada hari ini ialah RM313,000. Angka ini melepasi kemampuan kebanyakan isi rumah dimana median isi rumah hanya RM 5,228.

Ini juga antara sebab banyak rumah tidak terjual di ibu kota, walhal kita sedia maklum rata-rata ramai yang bekerja di ibu kota. Ramai yang sanggup bertolak awal pagi dari pinggir bandar untuk ke tempat kerja. Itu belum lagi masalah kesesakan lalu lintas setiap hari.

Tetapi hal ini boleh dielak sekiranya harga rumah mampu milik atau anda boleh mula merancang membeli rumah second hand atau subsale.

Ha? Second hand, tapi rumah first mesti lah nak yang baru…

Ya, Membeli rumah subsale pun okay malah kami memberi galakan 100%. Antara sebab kami yakin rumah second hand ialah solusi rumah mahal kerana;

 

Harga

Menurut Dr Azizul Azli Ahmad, masih ada kondominium subsale di Bangsar yang dijual dengan harga RM600 hingga RM1000 satu kaki persegi (kps) sedangkan untuk unit yang baharu, pembeli harus bayar RM1500 hingga RM2200 kps.

Sekiranya anda membuat perbandingan harga rumah baru dan rumah subsale pasti anda akan sedar bahawa jurang harga antara kedua ini sangat besar. Harga subsale jauh lebih murah dan mampu milik.

Cuba anda ke laman seperti Hartabumi.com untuk mencari hartanah subsale, anda pasti akan jumpa rumah berharga bawah RM200,000. Ia sangat mampu milik tambahan bagi mereka yang baru mula berkerja ataupun buat mereka yang ingin melabur.

 

Apa yang menariknya mengenai rumah subsale ini ialah anda boleh merunding harga dengan tuan rumah. Sekiranya anda ternampak atau diberitahu mengenai kecacatan atau kekurangan rumah, catatkan dan gunakan ia sebagai point semasa ingin merunding harga.

Tetapi sekiranya anda membeli rumah baru atau yang masih undercon, mustahil untuk anda merunding harga dengan pemaju. Cuba bayangkan kalau rumah yang korang idamkan dah siap, tiba-tiba ada kecacatan minor pada pembinaan atau yang lebih menakutkan lagi ialah projek TERBENGKALAI.

 

Pengubahsuaian

Pasti ramai yang takut untuk membeli rumah subsale kerana takut kos pengubahsuaian yang tinggi. Logic kebimbangan anda ini. Memang betul tetapi ingat sebagai pembeli anda harus bijak membuat pilihan. Jangan lah beli yang atap dah roboh atau dinding dah separuh tiada.

 

Cuba cari rumah subsale yang sudah dilengkapi perabut dan semasa viewing perhatikan kualiti perabut yang penjual sediakan. Pastikan ia masih di dalam keadaan yang boleh diguna. Sekiranya anda berjaya jumpa rumah yang sudah dilengkapi perabut, anda pasti akan jimat banyak.

 

Rumah baru atau undercon memerlukan anda menambah perkara wajib seperti lampu, kipas angin, penghawa dingin, pemanas air dan sebagainya. Ini belum masuk perabut lagi…

Ramai yang pergi view rumah undercon dan jatuh cinta pandang pertama dengan rumah cinta. Harus diingatkan bahawa rumah contoh telah direka dan dihias khas oleh pihak tertentu. Mungkin anda kena habiskan berpuluh ribu ringgit pula semata-mata untuk meniru reka rumah contoh.

 

Kawasan

Pasti ramai yang memasang cita-cita untuk membeli rumah baru atau undercon kerana yakin dengan janji pemaju bahawa beberapa tahun akan datang, akan wujud pelbagai kemudahan di kawasan projek. Akan ada shopping mall, bangunan pejabat dan MRT.

 

Itu kalau janji ditepati kalau dicapati bagaimana?

Kalau beli rumah subsale, anda sudah tidak perlu bimbang kerana kawasan rumah pasti telah dibangunkan dan anda boleh lihat sendiri segala bentuk kemudahan yang ada dipersekitaran kawasan rumah itu. Sekiranya nasib baik, mungkin akan ada rancangan pembangunan baru yang menguntungkan dan menaikkan nilai rumah itu.

 

Pindah masuk

Rumah undercon memerlukan banyak kesabaran kerana anda tidak boleh terus pindah masuk, maklumah masih  dalam proses pembinaan. Loan sudah perlu dibayar setiap bulan tetapi masih tidak boleh pindah masuk.

Kalau rumah tidak siap-siap atau pemaju lari bagaimana?

Manakala jika anda membeli rumah subsale, tiada masalah seperti ini akan terjadi. Selesai urusan pembayaran sudah boleh pindah masuk. Tiada masalah untuk anda memiliki rumah undercon tetapi pastikan anda siasat habis-habisan tentang pemaju supaya tidak tertipu.

 

Markup Loan

Kalau dibuat dengan cara betul, anda boleh buat duit tau dengan membeli rumah subsale.

Kaji rumah yang anda berminat itu, pastikan anda tahu semua maklumat mengenai rumah tersebut seperti apa nama kawasan perumahan itu, keluasan rumah dan tanah serta proses ubah suai pada rumah tersebut.

 

Informasi ini penting supaya bank boleh tentukan nilai semasa rumah yang anda berminat itu. Tanyakan nilai semasa kepada sekurang-kurangnya 5 banker, salah satu dari 5 banker ini pasti akan memberikan jumlah yang sedikit tinggi dari jumlah-jumlah yang diberikan banker lain.

Tugas anda seterusnya ialah cari rumah yang harganya lebih rendah dari nilai yang ditetapkan banker. Jadi duit lebih loan itu boleh lah buat ubahsuai rumah, beli perabut bermutu dan sebagainya.

 

Posted: Hartanah.Bumi

Category : Article

 

 

Leave a reply

Send to Friend

Email Agent for KENAPA MENYEWA, PADAHAL ANDA BOLEH BELI SEBIJI RUMAH?