MENGAPA HARTANAH SEMAKIN MENINGKAT

Pasaran Hartanah Tempatan. Mengapa hartanah semakin meningkat?


Semakin hari kita lihat semakin mahal harga rumah, tanah, rumah kedai dan kilang terutamanya di kawasan bandar dan pinggir bandar. Mengapa kenaikan harga hartanah tidak sekata dengan kadar pendapatan? Ini  disebabkan adanya permintaan yang tinggi, sumber tanah yang terhad, peningkatan kos bahan binaan dan sifat hartanah itu sendiri.

Apakah sifat hartanah yang menyebabkan nilainya secara relatifnya sentiasa meningkat?

 

1– Hartanah mempunyai sifat durable(tahan lama) dan berhubungkait dengan kadar susut nilai yang rendah.

2-  Hartanah bersifat unik dan berbeza antara satu sama lain.

3-  Ia juga terhad dan setiap aktiviti memerlukan hartanah.

4– Hartanah membina status untuk peribadi seseorang.

5-  Nilai hartanah boleh dijadikan sandaran dan diterima oleh institusi bank.

6– Ia sukar untuk rosak, reput mahupun dicuri menjadikan ia lebih bernilai.

7– Secara umum, pelaburan dalam bidang hartanah adalah menguntungkan berbanding pelaburan lain.

8– Faktor lain seperti lokasi menarik, pendapatan golongan elit, spekulasi, imej pemaju, perancangan masa pihak berkuasa tempatan, pelaburan j/panjang, aktiviti ekonomi setempat dan banyak lagi faktor lagi.

Sifat2 yang telah dinyatakan adalah sebahagian besar daripada sebab nilai hartanah itu meningkat dan terus meningkat. Sebagai contoh harga purata bagi rumah baru teres 2 tingkat “intermediate” berkeluasan 20X75 yang dilancarkan di sekitar Kajang, Selangor antara tahun 2008-2011 berharga antara RM200,000 hingga RM390,000 namun projek baru 2012 yang dilancarkan TTDI Grove telah meletakkan harga pasaran pada RM490,000 untuk rumah 2 tingkat ’intermediate’ secara tidak langsung akan memberi kesan atas nilai hartanah sekitar Kajang. Terdapat kesan positif dan negatif terhadap persekitaran hartanah di kawasan Kajang, Bangi, Cheras dan Semenyih. Kawasan tersebut telah dijangkakan akan di bina MRT, itu turut menjadi faktor peningkatan nilai.

 

Untuk sebarang pertanyaan tentang hartanah boleh whatsapp 019-368 1317

” Kami bantu anda merealisasikan impian mempunyai rumah sendiri”

www.zulrizqhartanah.com

 

- Dipetik daripada artikel bill rohaizan

Category : Article

 

 

Leave a reply

 

Send to Friend

Email Agent for BAGAIMANA UNTUK MENYEWAKAN SESUATU HARTANAH?