5 KELEBIHAN BELI RUMAH SECONDHAND

5 Kelebihan Beli Rumah Secondhand:

Walaupun nama subsale ini glamour, tapi masih ramai tak tahu apa dia. Perkataan skema ialah rumah pasaran sekunder, tapi dalam bahasa pasar dipanggil rumah terpakai atau secondhand iaitu ada orang pernah beli dan miliki. Dengan kata lain, ia dijual oleh owner, bukan oleh pemaju.

 

Rumah jenis ini boleh dikatakan paling selamat untuk dibeli kerana ia boleh dibelek dan ditelaah sepuas hati sebelum membuat keputusan untuk membeli. Jom baca apa lagi info tentang rumah jenis ini.

 

1. Kurang Risiko.
+ Tiada risiko terbengkalai seperti rumah undercons kerana rumah sedia ada, bukan baru nak dibina macam undercons.

 

2. Boleh Periksa Terlebih Dahulu.
+ Keadaan rumah mungkin super cantik dengan reno terbaik, atau mungkin juga basic sahaja, atau boleh jadi terlalu uzur. Kelebihannya ialah boleh usya sepuas hati dulu sebelum beli. Kebanyakan unit lelong tak boleh tengok bahagian dalam puas-puas.

 

3. Kos Deposit.
+ Kos awal boleh adjust contohnya deposit. Lazimnya kos awal ialah 10%, atau paling minima 3.18%. Kalau rezeki terlajak, boleh dapat kurang 1%. Nak dapat 0% pun mungkin boleh tapi susah sikit kerana nanti takde cagaran in case pembeli tiba-tiba cancel tengah jalan. Kalau lelong, lazimnya wajib 10% deposit, belum termasuk kos sampingan.

 

4. Nilai Pasaran/Market Value.
+ Boleh tahu current market value kerana unit sudah sedia ada, berbanding rumah undercons yang tak pasti apa market value apabila ia siap dibina nanti, entah-entah makin jatuh huhu.

 

5. Hutang Rumah.
+ Apa-apa tunggakan atau beban hutang perlu diselesaikan oleh penjual terlebih dahulu sebelum full disbursement, jika dibandingkan dengan kebanyakan unit pasaran lelong.

Walaupun rumah subsale antara yang paling rendah risiko, namun kalau kena tipu dengan scammer pun tak selamat juga. Contohnya scammer iklankan entah rumah siapa tah, pastu ambil duit deposit, pastu lesap. Contoh je.

Apapun, ini tak semestinya bermaksud rumah lelong dan undercons tak selamat. Dengan ilmu yang betul, insyaAllah semua jenis risiko boleh diminimakan walaupun bukan sifar.

Semoga bermanfaat.

 

Ingin tahu lebih banyak tentang ilmu hartanah? 

www.zulrizqhartanah.com

 

- Artikel dipetik daripada website celikhartanah

Category : Article

 

 

Leave a reply

 

Send to Friend

Email Agent for BAGAIMANA UNTUK MENYEWAKAN SESUATU HARTANAH?