PERKARA WAJIB MEMBELI RUMAH SUBSALE

 5 perkara wajib buat sebelum beli mana-mana rumah subsale

 

Fasa pertama :

1. Hubungi perunding hartanah (PH) yang dilantik oleh pemilik rumah untuk membuat bayaran tempahan.

2. Semak dulu pendaftaran perunding hartanah (PH) yang dilantik.

 

 

Fasa ke-2 : Bila anda kena mula bayar?

3. Bila dah buat keputusan untuk beli rumah subsale, korang kena sediakan dulu duit tempahan awal (earnest deposit) sebanyak 3.18% daripada harga jualan.

4. Sebagai contoh, harga jualan rumah tu adalah RM100,000. Bermakna, earnest deposit yang korang kena jelaskan adalah sebanyak RM3180.

5. Bayaran ni boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek (lebih baik) yang dikeluarkan atas nama syarikat PH yang dilantik.

6. Kalau korang nak buat pembayaran tunai, sila buat bayaran dekat pejabat berdaftar PH yang dilantik, dan dapatkan terus resit salinan rasmi.

7. Jangan sekali-kali buat bayaran tunai di luar pejabat PH yang dilantik untuk elakkan sebarang kejadian buruk berlaku.

8.  Selepas bayaran dilakukan & dah dapat resit rasmi, PH yang dilantik akan mengisi borang Agreement to Purchase.

9. Pembeli perlu tandatangan borang sebagai menyatakan persetujuan untuk membeli rumah tersebut.

 

 

Fasa ke-3 : Apa jenis dokumen yang anda kena sediakan?

10. Perunding hartanah (PH) yang dilantik akan bawa borang Agreement to Purchase kepada penjual, untuk dapatkan tandatangan pengesahan persetujuan untuk menjual.

11. Kalau rumah tu atas nama dua orang pemilik, kedua-dua pemilik asal tu perlu turunkan tandatangan sebagai persetujuan.

12. Pemilik asal jugak perlu serahkan salinan kad pengenalan dan S&P (Sales and Puchase Agreement) lama rumah tu untuk diserahan kepada pemilik baru.

13. PH yang dilantik, akan serahkan satu salinan Agreement to Purchase, kad pengenalan pemilik, dan S&P asal rumah tu kepada pembeli.

14. Pembeli seterusnya akan serahkan semua dokumen kepada lawyer untuk proses penyediaan S&P yang baru.

15. Tempoh yang diberikan untuk siapkan S&P baru adalah selama 14 hari bekerja.

 

Fasa terakhir : Peguam akan uruskan banyak perkara, bermula di sini

16. Peguam akan maklumkan kepada pembeli dan penjual sebaik je S&P dah siap.

17. Pembeli perlu sediakan cek atas nama peguam dengan baki bayaran deposit (6.82%), selepas kedua-dua pembeli dan penjual tandatangan S&P yang baru.

Kemudian, peguam akan serahkan cek kepada penjual.

18. Pembeli diberi masa untuk uruskan loan dan selesaikan transaksi jual beli.

19. Semua transaksi selepas ni, akan diuruskan oleh peguam.

 

** Pembeli dinasihatkan menyemak kelayakan pinjaman dahulu sebelum bersetuju membayar deposit.

 

- Artikel ini dipetik daripada website gilahartanah

Category : Article

 

 

Leave a reply

 

Send to Friend

Email Agent for BAGAIMANA UNTUK MENYEWAKAN SESUATU HARTANAH?