BAGAIMANA UNTUK MENYEWAKAN SESUATU HARTANAH?

Ada hartanah atau rumah yang nak disewakan tapi tak tau macam mana nak buat ?

 

Mari sini kami kongsikan.

 

Kita gunakan contoh sewa rumah untuk mudah faham ye. Tapi step, proses dan cara secara umumnya sama sahaja samada rumah kediaman, rumah kedai, kilang, tanah dan sebagainya. Di Malaysia tidak seperti negara lain yang mempunyai undang-undang khusus untuk sewa sesebuah hartanah. Namun kita mempunyai akta kontrak. Penyewa dan tuan rumah adalah berdasarkan perjanjian sewa diantara tuan rumah dan penyewa.

 

Jika rumah anda kosong atau baru dapat kunci, pasang lampu dan kipas sebagai keperluan asas sebelum cari penyewa. Jika rumah lama yang sudah ditinggalkan orang, eloklah di cat semula rumah tersebut, dan touch-up apa yang perlu, baiki apa yang rosak. Ini kerana rumah yang dibaiki atau dicat semula lebih membuatkan rumah anda attractive.

 

Selepas semua keadaan rumah dah cantik , dah bersih. Sekarang masa untuk mencari penyewa. Yes, cari penyewa yang betul-betul serius memang tak semudah yang disangka. Salah dapat penyewa kelak akan susah. Ada dua cara nak cari penyewa.

1. Guna khidmat ejen hartanah.

2. Iklan sendiri.

 

Ejen hartanah selalunya akan diberi kunci rumah duplicate (jika rumah tidak diduduki), sebabnya segala urusan bawa penyewa untuk datang tengok rumah dan sebagainya tuan rumah tidak perlu turun pada setiap kali penyewa nak datang tengok rumah. Jika ejen telah dapat penyewa, mereka akan uruskan deposit sehingga menyediakan perjanjian sewa(tenancy agreement) serta menguruskan stamping pada perjanjian tersebut di LHDN sebagai bukti bahawa perjanian tersebut adalah diperakui dan valid. Urusan ejen sehinggalah serah kunci kepada penyewa. Sebagai upah, fees untuk ejen pada kebiasaannya adalah 1 bulan sewa.

 

Pilihan kedua adalah iklankan dengan sendiri di platform seperti papan iklan di papan kenyataan (jika condo/apartment). Tuan rumah boleh juga iklankan di website seperti Mudah.my yang membenarkan sesiapa sahaja untuk membuat iklan secara percuma (limited). Tuan rumah perlu sentiasa available jika penyewa nak datang tengok rumah anytime. Pastikan anda dan penyewa mempunyai perjanjian sewa! Perjanjian sewa atau tenancy agreement adalah penting untuk melindungi kedua-dua belak pihak. Baik untuk tuan rumah mahupun penyewa. Di dalam perjanjian tersebut terdapat hak tuan rumah, dan juga hak penyewa. Masing-masing perlu hormati hak masing-masing seperti mana yang terdapat di dalam perjanjian. Dan perjanjian tersebut mesti di stamp untuk kebaikan semua pihak.

 

Dari segi term sewa, terdapat sesetengah tuan rumah mahukan 2 tahun sekurang-kurangnya , dan ada juga yang meminta 1 tahun. Jika memilih 2 tahun, maka tenancy period adalah 2+1. Bermaksud selepas selesai tahun kedua penyewa ada pilihan samada untuk sambung sewa atau ke rumah lain. Tahun ke 3 adalah hak tuan rumah untuk menaikkan market price. Jika penyewa ok sepengelaman saya tidak perlu kerap naik sewa selagi penyewa anda seorang yang tidak culas di dalam membayar sewa.

Itu saja setakat ni, Jika ada hartanah yang nak disewakan. Whatsapp ke 019-368 1317 untuk urusan sewa rumah anda.

 

www.zulrizqhartanah.com

#ZTBS

 

- Artikel dipetik daripada website kakipersegi

Category : Article

 

 

Leave a reply

 

Send to Friend

Email Agent for BAGAIMANA UNTUK MENYEWAKAN SESUATU HARTANAH?