KESILAPAN BESAR APABILA BELI RUMAH

KESILAPAN BESAR APABILA BELI RUMAH

 

Ada beberapa kesilapan besar yang kadang-kadang pembeli tidak sedar dan terlepas pandang apabila membeli rumah. Jika langkah yang pemilikan hartanah dirancang dengan teliti, anda mungkin dapat menyelamatkan beberapa ribu kos-kos tersembunyi, tetapi yang paling penting… segala proses pemilikan rumah ini harus berjaya dan berjalan dengan lancar. Melalui tips ini saya harap kita sama-sama dapat menjimatkan wang dan masa, dan juga menghidari situasi tertekan apabila membeli rumah.

1. Pertama sekali, anda harus jujur dengan pegawai jualan dan pegawai bank tentang sejarah kredit anda. Kredit anda walau baik atau buruk sekali pun, terangkan kondisi kewangan anda pada penjual dan pihak pemberi pinjaman. Ini dapat mengelakkan terjejasnya proses “bayaran-muka” sehinggalah kadar faedah yang bank akan di tawarkan, kerana segala maklumat ini penting untuk mendapatkan kadar tawaran yang menarik dari bank.

Pegawai jualan hartanah dan pegawai bank sentiasa mampu memberi khidmat nasihat percuma untuk menyelesaikan segala masalah kredit anda sebelum memulakan tawaran pada rumah baru. Jadi anda tidak perlu merahsiakan apa-apa, ceritakan dengan jujur. Yang penting khidmat nasihat itu percuma.

2. Dapatkan pra-kelayakkan dari perunding pinjaman sebelum membuat apa-apa komitmen pada pemaju atau agen. Selidiki kelayakkan dan jenis hartanah yang mampu untuk dibeli. Dengan cara ini ia memudahkan pencarian rumah baru dan maklumat kewangan yang mencukupi. Salah satu cara yang sering saya cadangkan pada pembeli adalah dengan membawa dokumen-dokumen seperti slip pendapatan, penyata bank, panyata Kwsp dan mana-mana dokumen tambahan untuk memudahkan pra-kelayakkan ini.

3. Tanya pegawai hartanah tentang harga dan pasaran rumah anda. Buat analisis pasaran dan bandingkan rumah-rumah lain yang hampir serupa didalam kejiranan itu sebelum membuat apa-apa tawaran. Ini juga dapat memudahkan anda memahami pasaran dikawasan pilihan. Buat kajian sedikit demi memastikan yang anda membuat pelaburan yang bijak.

4.Jika anda membeli rumah yang telah siap, minta tuan rumah untuk membaiki segala kerosakkan dahulu. Ini akan menjimatkan anda beberapa ribu ringgi yang berkemungkinan akan memeningkan kepala. Selain itu “inspection” yang baik membolehkan anda bersedia dan meminta diskaun tambahan kepada penjual. tetapi jangan terlalu taksub untuk meminta diskaun. Hartanah adalah satu bentuk wang fizikal, nilainya amat abstrak dan mungkin sebenarnya harga yang ditawarkan jauh lebih renda dari hartanah yang lain.

5. Ambil kira kemampuan dan teliti dahulu status kewangan. Jika anda mempunyai sebuah rumah yang lain dan merasakan rumah itu patut dijual, carilah agensi hartanah untuk membantu anda. Agensi hartanah adalah satu sumber dan kaedah terbaik untuk anda menjual dengan cepat. Kebiasaanya hanya memakan masa 2 hingga 3 minggu. Walau pun sesukar mana hartanah anda agensi hartanah pasti akan dapat menjualnya!

 

www.zulrizqhartanah.com

 

-Artikel dipetik daripda website encik hartanah

Category : Article

 

 

Leave a reply

 

Send to Friend

Email Agent for STRATEGI MENILAI HARGA RUMAH